seismik

Aktiviti Seksual Remaja Malaysia Meningkat 9 Kali Ganda Dalam 18 Tahun

Aktiviti seksual dalam kalangan remaja semakin menular di Malaysia. Adakah ini dianggap sabagai 'trend'?

Cover image via imgur.com

Setiap Tahun, Aktiviti Seksual Remaja Di Malaysia Dilaporkan Semakin Meningkat

Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012.

hmetro.com.my

Kes seksual dalam kalangan remaja semakin meruncing dari hari ke hari.

Image via 9images.blogspot.com

Statistik itu diperoleh daripada kajiselidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012.

hmetro.com.my

Statistik Ini Jelas Menunjukkan Bahawa Aktiviti Seksual Dalam Kalangan Remaja Sudah Dianggap Sebagai 'Trend' Di Negara Ini

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Kamaliah Mohd Noh berkata, kajian nasional itu menunjukkan trend remaja negara ini terbabit dalam aktiviti seksual semakin meningkat saban tahun.

hmetro.com.my

Ramai remaja yang mungkin menganggap aktiviti seksual ini sebagai satu 'trend' masa kini yang perlu diikuti.

Image via www.tnp.sg

“Kajian dilakukan hampir 20 tahun itu jelas menunjukkan kadar aktiviti seksual remaja dalam tempoh 10 tahun meningkat dua kali ganda iaitu 0.9 peratus pada 1994, 1.8 peratus (1996) dan 2.2 peratus (2004)."

blogspot.com

“Manakala pada 2006 dapatan statistik mencatatkan 5.4 peratus, 6.5 peratus (2010), 2011 (8.6 peratus) dan 2012 menurun sedikit iaitu 8.3 peratus,” katanya pada Forum Remaja Berkaitan STI di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 23 April 2014.

blogspot.com

Selain Penyakit Jangkitan Kelamin, Remaja Juga Berisiko Dalam Kehamilan Tidak Dirancang Jika Terlibat Dalam Aktiviti Seksual

Remaja yang terlibat dalam aktiviti seksual berisiko menjangkiti penyakit kelamin dan hamil anak luar nikah.

Image via blog.poweroftwomarriage.com

Kamaliah berkata, remaja yang terbabit dengan aktiviti seksual sebelum nikah berisiko dijangkiti penyakit jangkitan kelamin (STI).

blogspot.com

Menurut Kamaliah, STI bukanlah satu-satunya risiko pendedahan seksual kerana kehamilan remaja yang tidak dirancang adalah hasil lain yang tidak diingini jika kita tidak menangani tingkah laku ini dengan berkesan.

hmetro.com.my

Menurut World Health Organization (WHO), Malaysia Menduduki Tempat Ke-4 Dalam Isu Kehamilan Remaja

Statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.

blogspot.com

Sebelum Ini Juga Telah Banyak Kisah Seksual Para Remaja Malaysia Mendapat Liputan

You may be interested in: