seismik

'Kalau Masuk Hutan Tiba-Tiba Rasa Sunyi Lain Macam, Kau Jangan Berlagak Cakap Besar'

"Kalau hang tengah jalan dalam hutan/hiking, tetibe nampak kawan hang jalan laju je. Panggil dia 3x. Kalau dia tak jawab. Jangan ikut dia." - Dr. SiD²³

Cover image via Dr. SiD²³/Twitter

Sebut saja "hutan", kita sendiri sudah mampu menggambarkan keadaan di dalamnya. Sunyi, gelap dan yang paling kita takutkan ialah binatang buas yang boleh datang menerjah kita dari mana-mana arah sekalipun.

Buat mereka yang menggemari aktiviti camping, jungle trekking mahupun hiking, pastinya anda mempunyai banyak pengalaman sewaktu berada di kawasan seperti ini. Tetapi pernah atau tidak anda terdengar bunyi-bunyi pelik seperti suara perempuan mengaji di tengah-tengah hutan?

Seorang pengguna Twitter, Dr. SiD²³ baru-baru ini berkongsi pengalaman dan juga petua-petua masuk hutan menerusi beberapa siri tweet.

Dia yang bekerja sebagai renjer hutan satu ketika dulu itu dalam tweetnya ada berpesan supaya jangan cakap besar, jaga mulut, dan baca doa sebelum masuk hutan.

"Ada dengar perempuan mengaji tak and bau wangi?'

"Masa kami lari tu, terserempak dgn ular tedung. Besar nak mampus. Warna kuning emas."

Jadi, apa petua-petua dan tips yang anda boleh pratikkan sewaktu masuk dan bercamping di dalam hutan?

1. Nak camping, cari tempat yang berdekatan dengan sumber air

2. Make sure bersihkan lantai dulu

3. Bawa serbuk belerang

4. Kalau beruang datang, buat bunyi bising

5. Kalau nampak kawan lalu laju, panggil 3 kali..

6. Kalau dengar bunyi pelik, jangan gatal tegur 'bunyi apa tu?'

7. Apa nak buat kalau sesat?

8. Jangan lalu bawah ranting bengkok

9. Kena pandai bezakan bunyi sunyi hutan dengan 'sunyi betul'

10. Bawa pisau kalau tak biasa masuk hutan

11. Pasang khemah tepi sungai

12. Jangan buang sampah merata-rata

Ingat pantang larang masuk hutan. Tu tempat 'dia' jangan sembarangan.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak #tips menarik di SINI:

You may be interested in: