seismik

Lebih 14k Shares Dalam Sehari, Lelaki Ini Kongsi 5 Benda 'Wajib Ada' Sebelum 35 Tahun

Rancanglah dengan bijak. Masih belum terlambat.

Cover image via SAYS

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 point kat bawah ni.

1. Duduk rumah yang selesa

Image via senihias.com

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

2. Dua rumah untuk pelaburan

Image via estate123.com

Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

3. Simpanan enam bulan gaji

Image via nst.com.my

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

4. Simpanan bulanan tetap

Image via hipwee.com

Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. Kereta yang memuaskan

Image via aolcdn.com

Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus.

Image via fbcdn.net

Sumber: Harith Faisal

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment