Amah Indonesia Jadi Mangsa "Tamparan Buaya" Raja Bomoh?
Apa pula kali ini Raja Bomoh?
Mustahil Kalau Tak Ingat. Raja Bomoh Sedunia Mendapat Perhatian Yang Sangat Memberangsangkan Sejurus Selepas Tragedi MH370 Disebabkan Ritualnya Yang Dianggap Tidak Masuk Akal. Ingat Lagi Kan?
Ritual-ritual tidak masuk akal Raja Bomoh yang telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Image via huffpost.comRitual-ritual tidak masuk akal Raja Bomoh yang telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Image via katu.comRitual-ritual tidak masuk akal Raja Bomoh yang telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Image via themalaysiantimes.com.myKali Ini, Nama Raja Bomoh 'Naik' Sekali Lagi. Raja Bomoh Dikatakan Telah Memukul Dan Membelasah Pembantu Rumahnya Sejak Setahun Lalu Sehingga Memaksa Wanita Itu Melarikan Diri Ke Indonesia.
Raja Bomoh didakwa memukul dan membelasah pembantu rumahnya sejak setahun lalu.
Image via kedahnews.comSeorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak melarikan diri daripada majikannya dan pulang ke kampung halaman di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu, selepas dipercayai tidak tahan didera sejak lebih setahun lalu.
Memetik laporan portal rri.co.id, anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti mendakwa ibunya, Menik Fitriyanti, 47 tahun, sering dipukul majikannya, Datuk Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala.
Sumber Berkata Wanita Tersebut Mengalami Kecederaan Dan Terpaksa Menerima Jahitan Sepanjang 30 Sentimeter Di Kepala, Selain Daya Ingatannya Turut Terjejas Dan Semakin Merosot
Tambahan lagi, selain bekas jahitan di kepala, terdapat juga kesan luka di leher, perut serta kaki mangsa.
Menik Fitriyanti terpaksa menerima jahitan sepanjang 30cm di kepala akibat didera.
Image via therakyatpost.comJelas Alfa, setahun lalu ibunya memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke kampung halaman namun dihalang majikannya.
“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami. Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.
Bagaimanapun, Walaupun Didera Dengan Teruk, Keluarga Mangsa Tidak Mengharapkan Bantuan Daripada Pihak Berkuasa Kerana Mangsa Bekerja Di Malaysia Secara Tidak Sah
Disebabkan ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, maka pihak keluarganya tidak mengharapkan bantuan daripada pihak berkuasa.

“Apa yang penting ketika ini adalah untuk memberi tumpuan bagi merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami ibu,” kata Alfa.

Jelasnya, ibunya masih dalam keadaan trauma sehingga kini.

Berhubung Perkara Itu, Mangsa Masih Belum Membuat Sebarang Laporan Polis Lagi Sejak Pulang Ke Kampung Halamannya Pada 4 November Lalu
Menik Fitriyanti yang mendakwa dirinya dipukul dan didera oleh “Raja Bomoh”, Datuk Ibrahim Mat Zin masih belum membuat membuat sebarang laporan polis sejak pulang ke kampung halamannya di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu.
“Dia masuk secara tidak sah dan dia juga tidak membuat sebarang laporan polis di kedua-dua negara. Pihak kedutaan Indonesia, tidak boleh bertindak mengikut undang-undang selagi tiada laporan polis di buat oleh mangsa, kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku,” ujar jurucakap Kedutaan Indonesia.