Anak Kecil Jadi Mangsa Penyakit Bell Palsy Akibat Ibu Terlalu Obses Korek Telinga Anak
Hati-hati bila korek telinga anak, jangan sampai terkena urat telinga!
Bell Palsy adalah sejenis penyakit yang berkenaan dengan kelumpuhan atau kelemahan otot pada sebelah muka
Penyakit ini disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot muka dan menjadikan muka terasa berat sebelah (tiada reaksi otot atau kaku untuk kawalan ekspresi muka).
Masalah kerosakan saraf ini juga mungkin boleh menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa, masalah pengeluaran air mata dan air liur.
Menurut doktor pakar, penyakit ini boleh terjadi dalam masa semalaman sahaja dan mungkin memerlukan beberapa minggu untuk kembali normal bergantung kepada tahap keseriusan masalah saraf yang dihadapi.
Terbaru, seorang kanak-kanak telah menjadi mangsa penyakit Bell Palsy ini kerana ibunya telah mengorek telinga anaknya itu tanpa menyedari sudah terkena urat telinga
Perkongsian yang ditulis oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maizatul Amira iaitu ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut telah berkongsi tentang pengalaman beliau di laman Facebook miliknya.
Baca penuh di bawah:
Seminggu sebelum kanak-kanak yang dikenali sebagai Lala jatuh sakit, dia telah demam selama 2 hari. Matanya asyik berair seolah-oleh gatal terkena habuk.
Mulutnya bertambah senget daripada malam sebelumnya dan Lala menangis semakin kuat dengan kedua-dua matanya tidak tertutup
Doktor menyuruh untuk berhenti pengambilan ubat dan terus pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk refer kepada bahagian keselamatan
Alhamdulillah, ubat dah habis dan perubahan memang sangat ketara. Lala dah tak sakit lagi dan mulut pun dah tak senget.
Pengajaran untuk kes seperti ini, ibu bapa mohon jangan terlalu obses ketika korek telinga anak. Memang kotor, tapi biarkan sahaja taik telinga itu keluar dengan sendiri.