Jenazah Bayi Dibawa Sejauh 100km Kerana Tidak Mampu Untuk Bayar Kos Ambulans
Bayi tersebut dikatakan baru berusia 5 hari ketika meninggal.
Sebuah keluarga yang tidak mampu membayar kos ambulans telah berhadapan dengan detik yang menyedihkan apabila terpaksa membawa jenazah bayi menaiki motorsikal
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kompas.com, keluarga ini telah berhadapan dengan detik yang amat menyedihkan apabila bayi yang baru berumur 5 hari telah meninggal dunia dan mereka terpaksa membawa jenazah bayi tersebut menggunakan motosikal.
Perkara ini berlaku kerana keluarga ini dikatakan tidak mampu untuk menanggung kos pembiayaan ambulans. Tambahan lagi, bayi perempuan itu telah meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital awam di Daerah Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
Pasangan itu menderita lumpuh selama 15 tahun telah menunjukkan sijil kurang upaya. Namun, pihak hospital tetap menolak alasan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Desa Waro, M Ali, pihak hospital tetap meminta bayaran jika pasangan ini mahu menggunakan khidmat mereka walaupun kenderaan itu tidak digunakan.
“Jarak dari hospital ke rumah jenazah adalah kira-kira 100 kilometer dan pasangan suami isteri itu tiada pilihan lain selain membawa jenazah anaknya menaiki motosikal kerana tidak mampu untuk membuat bayaran seperti diminta,” ujarnya lagi.
Jufrin dan isterinya Suhadah yang telah menderita sakit lumpuh selama 15 tahun juga telah menunjukkan sijil kurang upaya untuk mendapatkan pengecualian pembayaran. Namun, pihak hospital tetap menolak alasan itu.
Paling menyedihkan, jenazah bayi tersebut juga telah ditahan di hospital tersebut atas alasan bil hospital yang masih belum dijelaskan dan pasangan tersebut turut menyuarakan perasaan kecewa atas layanan pihak hospital yang langsung tidak bertolak ansur.
Pentadbir hospital berkenaan telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut untuk memperbaiki keadaan sekaligus memohon maaf atas perkara yang telah berlaku
Pihak hospital tersebut juga turut memberikan pampasan kepada kedua pasangan itu sebagai tanda mohon maaf selain kesal dengan insiden yang berlaku.
Sumber: Kompas.com | Astro Awani