Anak Lembu Mati Selepas 'Dirogol' Seorang Lelaki
Memang pelik. Bagaimana seekor anak lembu boleh dijadikan sebagai bahan seksual bagi seorang lelaki?
Menurut Sumber, Seekor Anak Lembu Mati Tiga Minggu Lalu Akibat Menjadi Mangsa Kekejaman Seksual
Suspek dipercayai melakukan perbuatan jijik itu kira-kira tiga minggu lalu ketika pemilik terbabit yang berusia 50-an tidak berada di kawasan kandang berkenaan.
hmetro.com.myKejadian itu dilaporkan pemilik anak lembu berusia tiga minggu itu di Balai Polis Bidor selepas mengesyaki haiwan itu mati akibat menjadi mangsa kekejaman seksual.
hmetro.com.myLembu Itu Dinodai Sehingga Kemaluannya Berdarah
Pemilik lembu mendakwa kemaluan anak lembu itu berdarah dan tidak bermaya. Anak lembu itu kemudian mati tidak lama kemudian.
busuk.orgPemilik Haiwan Itu Mendakwa Terserempak Dengan Seorang Lelaki Tidak Dikenali Berhampiran Kawasan Kandang
Susulan itu, pemilik terbabit membuat laporan jam 6 pagi semalam di Balai Polis Bidor, di sini, selain membuat aduan sama kepada Pejabat Veterinar Tapah.
busuk.orgDia kemudiannya bertanyakan kepada lelaki yang dipercayai suspek dan lelaki itu mengatakan motosikal miliknya rosak sebelum mangsa membantu lelaki tersebut dan beredar dari tempat kejadian.
pilihanrayakini.comSebelum kejadian, pemilik anak lembu itu dikatakan terserempak seorang lelaki tidak dikenali berada berhampiran kandang lembunya itu.
blogspot.comSuspek Yang Berusia 20-An Kini Dalam Buruan Polis
Polis masih menunggu laporan bagi memastikan sama ada anak lembu itu ‘diperkosa’ atau mati akibat punca lain.
blogspot.comKetua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pihaknya mengakui telah menerima laporan berkenaan tetapi tidak dapat mengesahkan kejadian terbabit.
pilihanrayakini.comPolis sedang memburu seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap seekor anak lembu hingga menyebabkan haiwan ternakan itu mati di Kampung Chang, Bidor.
hmetro.com.my