Anak Murtad Ugut Bunuh Ibu Kerana Ibu Solat Dan Mengaji
Hanya kerana ibu solat dan mengaji Al-Quran, si anak sanggup nak bunuh ibu? Sangat tidak masuk akal.
Kejadian Berlaku Pada Malam 13 Jun 2014 Di Kuala Terengganu Apabila Seorang Lelaki Bernama Ismail Bertindak Mahu Menghentak Kepala Ibunya Dengan Lesung Batu Ketika Ibunya Sedang Menonton TV
Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.
malaysianreview.comPada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku nak bunuh kau' beberapa kali.
sinarharian.com.myMenurut Ibunya, Ismail Seperti Dirasuk Ketika Itu Dan Dia Berasa Amat Takut Dengan Ugutan Tersebut. Dia Kemudiannya Mengambil Keputusan Untuk Membuat Laporan Polis.
Terkejut dengan situasi itu dan melihat keadaan Ismail yang seperti dirasuk itu, mangsa masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan.
hmetro.com.myBimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi.
malaysiandigest.comIsmail Berjaya Ditangkap Pihak Polis Dan Dibicarakan Di Mahkamah. Jika Sabit Kesalahan, Dia Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama Dua Tahun Atau Denda Atau Kedua-Duanya Sekali.
Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret pada 18 Jun 2014.
malaysiandigest.comSusulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
hmetro.com.myNamun Begitu, Mahkamah Masih Membenarkan Ismail Diikat Jamin Dengan Nilai RM3,500
Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
malaysiandigest.com