seismik

Anda Perokok? Fikir Dua Kali Sebelum Anda Campakkan Puntung Rokok Di Klang. Kalau Tidak...

Sila ambil perhatian warga Klang sekalian, terutama mereka yang merokok.

Cover image via pixabay.com

Perhatian Perokok Sekalian! Anda Dilarang Sama Sekali Untuk Membuang Puntung Rokok Merata-Rata Sekiranya Berada Di Klang Kerana Denda RM10 Menanti Anda.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menguatkuasakan denda RM10 kepada pembuang puntung rokok merata-rata.

Image via escape2-escape.blogspot

Jika anda merokok, berhati-hati jika ke bandar Klang kerana anda boleh didenda RM10 serta merta jika membuang puntung rokok sesuka hati di pusat bandar diraja Selangor itu.

themalaysianinsider.com

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob, Walaupun Puntung Rokok Itu Kecil Tetapi Ia Mampu Menyumbang Kepada Masalah Sampah Yang Lebih Besar

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata saman itu akan dikeluarkan serta merta kepada pesalah sebagai pengajaran tindakannya mencemari kawasan bandar.

selangorku.com

“Sungguhpun puntung rokok itu kecil, tetapi kita mahu orang ramai maklum bahawa MPK serius dalam soal kebersihan. Sebab itu kita tegas menjalankan penguatkuasaan ke atas kutu-kutu sampah ini."

selangorku.com

“Kita tidak mahu sikap sambil lewa ini terus menjadi budaya yang akhirnya orang ramai kembali menunding jari kepada MPK kononnya kami gagal menjaga kebersihan,” kata Yacob.

selangorku.com

Selain Itu, MPK Turut Aktif Dalam Aktiviti Pembersihan Bersama Penyewa Gerai Makan Dan Pasar Serta Serius Dalam Mengenakan Tindakan Terhadap Mana-Mana Pihak Yang Pengotor

Mengulas lanjut, beliau berkata MPK telah memulakan aktiviti pembersihan bersama dengan penyewa gerai makan dan pasar di bawah kawalannya.

kwiknews.my
Image via usahawan.com

Katanya, MPK juga sedang mengkaji kewajaran mengenakan tindakan tegas dengan menamatkan kontrak sewaan kepada mana-mana penyewa gerai dan pasar yang pengotor.

kualalumpurpost.net

“Tujuannya sudah tentu untuk memastikan semua penyewa patuh dengan arahan dan tiada kompromi dari MPK buat pesalah seperti itu. Jadi, untuk kepentingan semua, MPK harap penyewa terus displin menjaga kebersihan tempat mereka berniaga sekaligus menjadikan kawasan tumpuan orang ramai itu kekal bersih untuk dikunjungi,” katanya lagi.

kwiknews.my

JUGA DI SAYS: Coklat Dan Mainan 'Rokok' Untuk Kanak-Kanak Dijual Secara Berleluasa

More stories to read: