seismik

Anggota Polis Nyaris Mati Dihempap Palang Besi Di Lebuh Raya

Mungkin insiden ini boleh dikategorikan antara detik paling cemas dalam riwayat anggota polis yang terlibat.

Cover image via Daily Traffic Report

Pada 14 April 2014, Tiga Orang Anggota Polis Nyaris Maut Dihempap Tiang Besi Di Subang Jaya

Seorang anggota Polis Bantuan nyaris maut apabila kereta dinaikinya dihempap palang besi yang tumbang di Jalan Persiaran Setia, Subang Jaya.

bharian.com.my

Mangsa Dilaporkan Patah Tangan Manakala Dua Orang Rakannya Selamat Tanpa Sebarang Kecederaan

Mangsa cedera parah tersepit dalam keretanya Proton Inspira. Tangannya patah, manakala dua rakannya selamat.

blogspot.com

Anggota terbabit yang masih belum dikenal pasti cedera parah tersepit dalam kereta Proton Inspira dalam kejadian kira-kira jam 7 petang.

bharian.com.my

Tiang Besi Itu Dipercayai Dirempuh Sebuah Lori Tangki Sebelum Melambung Dan Menghempap Kereta Polis Terbabit

Lori tangki itu dikatakan terlanggar besi palang had ketinggian jalan di laluan bertentangan sebelum tiang logam itu melambung dan menghempap kereta dinaiki tiga anggota Polis Bantuan berkenaan.

bharian.com.my

Pamandu Lori Tangki Tersebut Bagaimanapun Gagal Dikesan

Pemandu lori gagal dikesan selepas dipercayai melarikan diri sebaik kemalangan, namun usaha mengesan sedang dilakukan.

blogspot.com

Laporan Kemalangan Lain Di SAYS:

You may be interested in: