seismik

Apa Itu FAVE? Kami Guna App Ala-Ala Groupon Ini Dan Lihat Berapa Banyak Duit Kami Jimat

Hari-hari diskaun, hari-hari murah, hari-hari shopping!

Cover image via SAYS

Hidup dalam era kos sara hidup tinggi sekarang ini, semua orang sedaya-upaya mencari jalan untuk jimatkan perbelanjaan

Image via giphy.com

Tidak kiralah dari segi makan, membeli pakaian, melakukan aktiviti, atau apa-apa sahaja, kalau boleh mesti nak cut cost bila berbelanja. Sebab itulah bila ada sale, orang ramai mesti berpusu-pusu dan tak nak lepaskan peluang mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Senang kata, tanda harga merupakan perkara paling utama dilihat oleh pengguna sebelum membeli apa-apa barangan sekali pun. Lagi banyak diskaun, lagi best! Kalau boleh, hari-hari pun nak diskaun.

Tapi, tak mustahil ke nak dapatkan diskaun setiap hari? Mestilah tidak! Guna saja aplikasi FAVE. Dengan app ini, korang gerenti akan dapat potongan harga 24 jam.

Image via FAVE

FAVE merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Groupon. Dengan FAVE, pengguna boleh dapatkan potongan harga bagi setiap tawaran yang dikemukakan dalam aplikasi tersebut.

Kami sebagai salah seorang pengguna FAVE turut tidak melepaskan peluang menggunakan aplikasi ini. Serius jimat dan berbaloi!

Tak percaya? Cuba tengok kat bawah:

First stop: Restoran Village House Kopitiam @ Damansara Utama

Image via SAYS

Kami dah beberapa kali pergi ke restoran Village House sebelum ini. Memang sedap makanan kat sini. Bila tengok ada promosi dalam FAVE, tanpa membuang masa kami terus redeem dan pergi ke kaunter untuk membuat pengesahan.

Image via SAYS

Tawaran ini melayakkan kami untuk memesan mana-mana minuman pada harga RM1 sahaja! (kecuali jus, soya, white coffee, dan air tin). Jadi, kami pun memesan minuman Cham Ais yang sepatutnya berharga RM4.40. Jimat RM3.40 untuk segelas air.

Kalau tak pakai FAVE, tak dapatlah diskaun.

Two Thumbs Up!

Image via FAVE

Sebelum menggunakan FAVE, pastikan anda sign up atau daftar dulu. Masukkan nama, nombor telefon, dan juga maklumat kad kredit/debit iaitu nombor kad, tarikh luput, dan 3 nombor CVV di belakang kad.

Selepas memasukkan semua info, you are good to go! Maklumat kad yang diberikan akan terus disimpan dalam app. Jadi, anda dah tak perlu lagi nak masukkan nombor kad untuk pembelian seterusnya.

FAVE akan meminta untuk masukkan maklumat kad kredit atau debit untuk membuat pembelian.

Image via SAYS

Bila dah redeem, kami tunjukkan bukti pembelian kami di kaunter and it was a success! Seronok sangat rasa masa first time guna app ni. Jimat RM3.40 kira banyak juga kan? Itu baru guna sekali. Kalau guna banyak kali mesti lagi banyak dapat save duit.

Tunjuk screenshot ni kat kaunter untuk pengesahan.

Image via SAYS

Sebelum kita pergi lebih jauh, mesti ada yang sangka aplikasi FAVE ini hanya beri diskaun pada makanan sahaja, kan? Anda SILAP. Ada macam-macam benda lagi yang anda boleh beli pada harga murah!

Image via SAYS

Tawaran yang diberi oleh FAVE sangat luas dan bukan hanya pada makanan. Lihat saja pada gambar di atas. Anda boleh dapatkan diskaun untuk lakukan aktiviti menarik, pergi spa atau massage, beli pakej hotel stay pada harga promosi, dan nak buat health screening pun boleh.

Meh sini kami senaraikan beberapa contoh di bawah untuk anda tengok sendiri:

1. Diskaun terhebat sebanyak 69% untuk sesi spa dan urut selama 2 jam!

Macam tak percaya bila tengok harga sebelum dan harga selepas. Sesi spa dan urut ala Bali yang asalnya berharga RM431 boleh dibeli dengan harga RM135 sahaja!

Siapa-siapa yang rajin pergi spa (terutamanya wanita) mesti tak boleh lepaskan peluang ini. Pergi saja ke Tirta Spa di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur untuk tebus tawaran yang tertera.

Image via SAYS

2. Pas masuk ke Blue Coral Aquarium untuk 5 orang hanya RM35

Alang-alang dah sampai Menara KL, apa salahnya kalau masuk ke Blue Coral Aquarium. Harga asal bagi pas masuk untuk seorang adalah RM18. Dengan FAVE, anda boleh dapatkan harga RM35 sahaja untuk 5 orang! Jimat RM55.

Kalau ikutkan harga asal, RM36 baru dapat 2 pas masuk. Haa berbaloi kan?

Image via SAYS

3. Periksa kereta anda secara drive thru dengan diskaun 68%!

Tak semestinya musim perayaan dah habis, kereta tidak perlu diperiksa. FAVE menawarkan diskaun sebanyak 68% untuk pemeriksaan kereta secara drive-thru di D-Tox Drive Thru Oil Change Express yang terletak di Petaling Jaya Seksyen 8 dan di Wangsa Walk Mall.

Jadi kepada mana-mana pengguna kereta di luar sana, jangan hanya tahu pandu kereta ya. Sekali-sekala kena periksa juga.

Image via SAYS

4. Ini promosi paling gila. Diskaun sebanyak 97%! Biar betul?!

Wow! Kena bayar 3% je untuk terapi rambut. Harga daripada RM5,000 lebih terus jadi RM148 je. Takkan tak nak kot? Ruginya kalau tak redeem cepat-cepat.

Untuk para jejaka, bolehlah consider untuk belanja isteri atau girlfriend.

Image via SAYS

Terbaik kan?

Image via imgur.com

Moving on to the second stop: Kafe The Culture Pot @ Damansara Utama

Image via SAYS

Masuk kedai, duduk, tengok menu sekejap, dan terus order 'Char Siu Chicken Skewers' yang berharga RM14.90. Tapi dalam aplikasi FAVE, tertera di situ ialah diskaun sebanyak 20% ke atas jumlah bil.

Diskaun 20%.

Image via SAYS

Sebelum klik 'PAY NOW', kami pergi ke kaunter dulu untuk tanya sama ada app ini boleh dipakai atau tidak di kafe berkenaan. Selepas mendapat green light, kami pun terus bayar secara terus menggunakan satu feature yang diberi nama 'FavePay'. Tak payah pakai cash.

Selepas tekan 'PAY NOW', kami dikehendaki untuk masukkan nilai bil ke dalam aplikasi tersebut. Rujuk gambar-gambar di bawah dan baca caption setiap satu:

Masukkan nilai bil. Tekan 'NEXT'.

Image via SAYS

Secara automatik FAVE akan kirakan nilai bil terbaru selepas diskaun 20%.

Image via SAYS

Kami hanya perlu bayar RM11.90 sahaja dan bukan RM14.90. Jimat RM3. Best kan?

Pilih 'PAY' untuk bayar dan ikut saja arahan seterusnya.

Image via SAYS

Selepas kami ikut langkah demi langkah yang tertera pada skrin, pembelian kami akhirnya berjaya! Ini baru diskaun 20%. Ada banyak lagi tawaran yang anda boleh dapat dalam FAVE dengan diskaun yang lebih dahsyat!

Ehem, pastikan dalam akaun bank ada duit yang mencukupi ya.

Image via SAYS

Sepatutnya harga RM14.90, tapi kami hanya bayar RM11.90 sahaja untuk 'Car Siu Chicken Skewers' ini.

Image via SAYS

Third stop: Kafe Hail's Soft Serve @ Damansara Utama

Image via SAYS

Sama juga seperti di The Culture Pot, kami turut menggunakan FavePay di kafe ais krim terkenal Hail's Soft Serve. Kali ini, diskaun yang diberi adalah sebanyak 10% ke atas jumlah bil. Tak banyak, tapi tetap dapat jimat duit.

Diskaun 10%.

Image via SAYS

Kami order ais krim 'Twist' dengan dua perisa iaitu Gula Melaka dan Kelapa yang digabungkan dalam satu cup. Jujurnya, inilah kali pertama kami makan ais krim perisa Gula Melaka. The taste? Serius sedap gila!

Harga asal bagi menu yang kami order ini ialah RM16.45 selepas ditambah dengan 3 jenis toppings berbeza dan juga setelah dimasukkan GST. Tapi jumlah yang kami bayar hanya RM14.80 sahaja!

Image via SAYS

Payment successful!

Image via SAYS

Ini dia gabungan ais krim perisa Gula Melaka dan Kelapa bersama 3 toppings berbeza. LAZAT!

Image via SAYS

NOTA PENTING: Kemudahan 'FavePay' ini masih berada dalam fasa BETA atau percubaan. FAVE sedang membangunkan ciri ini bagi memastikan ia lebih selamat, lebih mudah, dan lebih lancar untuk digunakan.

Berapa kami dapat jimat?

Kami hanya berpeluang untuk menggunakan app ini pada 3 outlet restoran sahaja. Namun, penjimatan yang kami peroleh tetap berbaloi. Rujuk kira-kira di bawah:

Village House: Jimat RM3.40
The Culture Pot: Jimat RM3.00
Hail's Soft Serve: Jimat RM1.65

Total: RM8.05

Banyak kan?

Image via giphy.com

Nak jimat? Anda WAJIB muat turun aplikasi FAVE untuk nikmati diskaun sepanjang hari 24/7!

Image via SAYS

BERITA BAIK!

Disebabkan anda dah baca artikel ini sampai habis, kami ingin berikan 16% diskaun untuk pembelian pertama anda di FAVE. Langkah-langkahnya:

1. Muat turun aplikasi FAVE di sini.
2. Gunakan kod promo favesays.
3. Selesai.

Jadi apa tunggu lagi. Muat turun aplikasi FAVE di App Store dan Google Play sekarang!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak cari makanan halal? Mudah je sekarang!

You may be interested in: