Ini Kisah Sebenar Isu Murid Sekolah Diarah Minum Kencing Sendiri
Salah pemahaman terhadap ucapan seorang guru telah menimbulkan kekecohan
Surat aduan waris murid di Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim, Kedah tersebar di laman sosial berikutan kenyataan biadab seorang guru sekolah berkenaan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dikatakan memberikan ucapan tersebut di perhimpunan sekolah merujuk kepada murid bukan Islam di mana mereka dilarang minum air di dalam kelas, tetapi minum air di tandas sekolah
"Murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah. Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip atau air kencing sendiri," katanya.
thehypemedia.comNamun begitu, ada pengguna laman sosial mendakwa bahawa surat aduan yang telah menjadi viral ini merupakan satu fitnah
Menurut seorang pengguna laman sosial. Suresh Naidu yang mempunyai seorang anak yang bersekolah di sekolah yang sama, perkara tersebut merupakan satu fitnah atau salah faham. Menurut beliau, para pelajar sekolah terbabit juga tidak tahu menahu tentang ucapan Penolong Kanan terbabit setelah ditanya sendiri oleh ibu bapa mereka.
"Anak saya bersekolah di sekolah ini, tetapi dia tak pernah dengar tentang hal ini. Rakan anak saya, seorang India juga tidak pernah dengar tentang perkara ini."
"Tiada sesiapa membuat bantahan di hadapan sekolah. Setakat ini, tiada bukti ianya diucapkan semasa perhimpunan. Tetapi surat tersebut sudah diedarkan kepada ibu bapa."
"Surat tersebut bukan surat paslu, tetapi tuduhan tersebut mungkin palsu atau salah dengar."
Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan telah mengarahkan supaya siasatan lanjut ke atas kes ini dijalankan
Hasil siasatan mendapati, apa yang terjadi di SK Ibrahim, Kedah ini adalah salah intepretasi atau salah faham terhadap ucapan guru terbabit
Menurut Exco Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, guru yang membuat ucapan semasa perhimpunan tersebut menyebut "Jangan sampai minum air kencing pula" dan bukanlah mengarahkan pelajar untuk minum air kencing.
themalaymailonline.comUcapan tersebut diberikan apabila guru itu meminta pelajar beragama Islam untuk terus berpuasa, dan meminta pelajar bukan Muslim untuk tidak minum di hadapan mereka yang berpuasa sebaliknya mereka boleh meminta kebenaran untuk minum di luar kelas atau di tandas.
themalaymailonline.comWalau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa tiada polisi yang menghalang pelajar bukan Islam untuk minum air di sekolah di bulan Ramadan.
themalaymailonline.com