seismik

Apa Sebab Penyokong Perak Bergaduh Dan Bertindak Ganas?

Budaya samseng dalam kalangan penyokong bola sepak kembali menular dan kini menjadi semakin serius.

Cover image via mstar.com.my

Perlawanan Liga Super Antara Perak Dan JDT Pada Malam 15 April Dicemarkan Keganasan Penyokong Selepas Tamat Perlawanan

Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak semalam menyaksikan keganasan dilakukan penyokong sehingga menyebabkan beberapa kecederaan.

bharian.com.my

Pihak polis dan FRU mengawal keadaan di luar stadium Perak.

Image via omakkau.blogspot.com

Kekecohan bermula sejurus tamat perlawanan berkenaan hingga memaksa pihak keselamatan stadium serta pasukan polis simpanan persekutuan (FRU), bertindak bagi mengawal keadaan.

sinarharian.com.my

Seorang Jurugambar Dari NST Dan Seorang Wartawan Dari Sinar Harian Dilaporkan Cedera Di Kaki

Seorang jurugambar akhbar New Straits Times cedera di kaki akibat dibaling objek keras dalam insiden kekecohan selepas tamat perlawanan Liga Super Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT) di sini malam Selasa.

bernama.com

Ketika kejadian, Supian Ahmad sedang merakam foto kekecohan yang berlaku di dalam Stadium Perak.

bernama.com

Jurugambar NST, Supian Ahmad menerima rawatan sejurus kakinya cedera dilempar objek keras.

Image via sportsnewsmalaysia.blogspot.com

Sementara itu, kaki wartawan Sinar Harian, Razif Rosli terkena mercun manakala seorang anggota polis cedera di mata akibat dibaling objek.

mstar.com.my

Difahamkan, Penyokong Kedua-Dua Pasukan Saling Melontar Pelbagai Jenis Objek Keras Serta Mercun Ketika Kejadian

Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.

bharian.com.my

Penyokong dan pemain JDT diarahkan untuk terus berada di dalam stadium bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk.

Image via budaksrikinta.blogspot.com

Bagaimanapun, kekecohan tetap berlaku yang menyaksikan penyokong kedua-dua pasukan saling membaling pelbagai objek keras serta mercun.

mstar.com.my

FRU Terpaksa Melemparkan Gas Pemedih Mata Bagi Meredakan Keadaan Penyokong Perak Yang Diluar Kawalan

Situasi semakin tegang menyebabkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

hmetro.com.my

Polis terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT.

Image via ping.busuk.org

Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melontar gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Perak yang tidak berganjak di luar stadium.

bernama.com

Gas pemedih mata disemburkan bagi menghentikan kekecohan penyokong.

Image via www.zerousvortex.com

Empat Orang Penyokong Perak Ditangkap Kerana Disyaki Melakukan Provokasi

Difahamkan, polis menahan empat penyokong Perak yang disyaki melakukan provokasi selepas perlawanan itu.

mstar.com.my

Polis terpaksa mengiringi empat bas yang dinaiki penyokong dan pegawai pasukan JDT ketika keluar dari pekarangan stadium.

bernama.com

Siapa Yang Mula Dulu? Penyokong Perak Atau Penyokong JDT?

Antara respon netizen di laman Facebook.

Image via facebook.com

Antara respon netizen di laman Facebook.

Image via facebook.com

Antara respon netizen di laman Facebook.

Image via facebook.com

Sebelum Mula Perlawanan Lagi, Penyokong Perak Telah Melakukan Provokasi Dengan Menyembur Cat Pada Bas JDT Bertulis "This Is Ipoh"

Bas pasukan JDT disembur cat kuning dengan tulisan "This Is Ipoh".

Image via ping.busuk.org

Kekecohan malam semalam bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JDT disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh' pagi Isnin.

hmetro.com.my

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.

hmetro.com.my

Pada 7 April Lalu Juga, Pergaduhan Antara Penyokong Perak Dan Selangor Tercetus Di Stadium Perak Selepas Pasukan Tuan Rumah Tewas 0-1

Budaya samseng dalam kalangan penyokong bola sepak kini kembali menular dan kali ini melibatkan perlawanan Liga Super antara Perak menentang Selangor di Stadium Perak yang berakhir dengan kekalahan 0-1 pasukan tuan rumah.

utusan.com.my

Penyokong Perak.

Image via blogspot.com

Difahamkan pergaduhan antara penyokong Perak dan Selangor tercetus selepas tamat perlawanan kira-kira pada pukul 11.45 malam di luar kawasan stadium hingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak untuk mele­raikan keadaan.

utusan.com.my

Selain Itu, Insiden Pergaduhan Di Stadium Perak Turut Dilaporkan Pada Tahun 2013 Ketika Pasukan Perak Menentang Pasukan Lions XII

You may be interested in: