seismik

"Asal Hebat Di Mata Allah" - Atlet Judo Dilarang Bertanding Kerana Enggan Tanggalkan Hijab

Peraturan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) melarang penutup kepala atau tudung dikenakan dalam acara sukan tersebut kerana bimbang akan keselamatan para atlet yang mana tudung dikatakan boleh menjerut leher atlet itu.

Cover image via Kabar News

Sukan Para Asia Jakarta-Palembang 2018 menjadi tumpuan ramai selepas atlet buta dari negara tersebut, Miftahul Jannah, dibatalkan kelayakannya untuk bertanding dalam sukan judo semalam, Isnin, 8 Oktober 2018

Miftahul Jannah digugurkan daripada bertanding dalam sukan tersebut kerana enggan menanggalkan tudungnya dalam perlawanan menentang atlet dari Mongolia, Oyun Gatulga di Kemayoran, Jakarta.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan peraturan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) yang melarang penutup kepala atau tudung dikenakan dalam acara sukan tersebut kerana bimbang akan keselamatan para atlet yang mana tudung dikatakan boleh menjerut leher atlet itu.

Image via Baca Berita

Walau bagaimanapun, Presiden Paralimpik Kebangsaan (NPC), Senny Marbun berkata kejadian tersebut berlaku kerana kecuaian pihaknya sendiri.

“Peraturan IJF telah lama ditubuhkan, namun jurulatih judo yang dilantik oleh pihak NPC tidak prihatin dengan isu ini kerana mungkin tidak memahami peraturan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris,” jelas Senny.

“Bagi pihak NPC saya memohon maaf. Ini benar-benar memalukan saya dan saya harap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," tambahnya lagi.

Presiden Paralimpik Kebangsaan (NPC), Senny Marbun.

Image via Juara Bola Sport

Sementara itu, Miftahul Jannah yang kesal dengan insiden tersebut telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Aceh kerana tidak berjaya mengharumkan nama negara itu serta memberikan gelaran juara pada Sukan Para Asia

Image via Baca Berita

Menurut Miftahul, “Saya rela dikeluarkan daripada menanggalkan tudung. Setidaknya saya telah mampu mengendalikan diri saya agar hebat di mata Allah SWT.”

“Saya rasa tak salah jika atlet bertudung juga dibenarkan bertanding. Buktinya banyak lagi kejuaran lain yang membolehkan pesertanya memakai tudung," kata Miftahul.

“Saya minta maaf. Tapi, apa yang saya lakukan ini adalah bentuk harga diri dan menjaga maruah masyarakat Aceh yang dikenali dengan syariat Islam. Saya tak ingin menggadaikan harga diri dan martabat Aceh semata-mata untuk bergelar juara," tambahnya lagi.

Insiden yang sama pernah berlaku semasa acara sukan judo di Sukan Olimpik 2012, London, England yang mana atlet judo perempuan dari Arab Saudi, Wojdan Ali Seraj Abdulrahim Shahrkhani dilarang bertanding kerana enggan menanggalkan tudung. Namun begitu, dia akhirnya tetap bertanding juga dengan mengenakan penutup kepala berwarna hitam.

Image via Boston Globe

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: