Perlukah Arena Sukan Negara Lebih Prihatin Terhadap Pemakaian Atlet Islam?
Adakah perlu bagi atlet Muslim tempatan memakai pakaian yang bertepatan dengan tuntutan agama?
Cover image via SAYS.comTahniah kami ucapkan kepada Farah Ann Abdul Hadi yang memenangi empat pingat emas dalam acara gimnastik di Sukan Sea 2015, Singapura baru-baru ini
Rakyat Malaysia tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaan beliau. Namun, ada juga segelintir masyarakat yang melahirkan rasa kurang senang dengan pakaian yang dikenakan oleh Farah Ann yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam.
Image via Facebook.com
Image via Facebook.com
Reaksi Farah Ann tenang sahaja. Komentar beliau lebih kepada sindiran halus iaitu tin kosong bunyinya paling nyaring.
Kritikan pedas terhadap pakaian gimnastik Farah Ann itu juga turut dibidas bukan sahaja oleh penyokong sukan tanah air, malahan juga individu ternama seperti Marina Mahathir
Image via Levi Strauss & Co.
Tetapi, sejauh mana kebenaran kritikan tersebut? Jika diambil dari sudut yang positif, adakah perlu bagi atlet Islam menukar cara pemakaian mereka ketika bersukan?
Mahu tak mahu, kita harus akur bahawa setiap agama mahupun budaya, ada undang-undangnya tersendiri. Sebagaimana terkesannya rakyat Sabah ketika sekumpulan [pelancong berbogel](http://says.com/my/news/nude-tourists-at-mt-kinabalu) di puncak [Kinabalu](http://says.com/my/news/earthquake-in-sabah-and-kota-kinabalu), mungkin ini juga yang dirasai oleh mereka yang mula-mula sekali mengkritik pakaian Farah Ann.
Image via arifaarahim.blogspot.com
Image via www.themalaysianinsider.com
Atau kita boleh lihat persamaan kes ini dengan isu wanita yang dipaksa memakai kain sarung ketika berurusan di [JPJ](http://says.com/my/news/skirt-wearing-women-in-malaysia-told-to-wear-sarong-to-cover-up) baru-baru ini. Ramai yang berpendapat, undang-undang tetap undang-undang. Jika tak ikut undang-undang, harus ditegur atau dikenakan tindakan.
Image via Facebook Suzanne G L Tan
Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika wanita Muslim mahu bersukan secara Islam yang sebenar, adakah mereka harus berjubah?
Tiada termaktub dalam ajaran Islam yang mewajibkan wanita Islam untuk bersukan dalam pakaian seperti di atas.
Ini sebenarnya sama sekali tidak benar. Islam menawarkan fleksibiliti dalam pemakaian, asalkan tidak sakit mata memandang dan sopan, itu sudah memadai.
Sebenarnya, ada banyak pakaian sukan Muslimah yang boleh dipakai oleh atlet Muslim. Berikut adalah contoh-contohnya:
Ini gambar pakaian atlet Muslimah bagi sukan padang pasukan Auburn Tigers women's football team di Australia
Image via Facebook Sarah Sulaiman
Ini pula pakaian pasukan bola sepak wanita dari Jordan
Image via galleryhip.com
Dan ini pakaian atlet Muslimah bagi sukan luncur ais dari Emiriah Arab Bersatu, Zahra Lari
Image via gazzetta.it
Mungkin kami patut perkenalkan, ini Kulsoom Abdullah, atlet angkat berat Muslimah pertama di Pakistan
Image via http://csi-ops.blogspot.com/
Kulsoom Abdullah, yang juga adalah seorang warga Amerika pernah disenaraihitamkan dari menyertai acara angkat berat kecuali jika beliau setuju untuk tidak memakai tudung dan memakai pakaian seperti atlet yang lain.
Kulsoom Abdullah telah memperjuangkan haknya sebagai seorang Muslimah dalam kes ini, dan kini beliau dibenarkan bertanding dalam acara angkat berat dan memakai pakaian yang *shariah compliant*.
Image via Youtube CFAWeightlifting
Apa kata kita berkenalan pula dengan pemain ping pong yang comel ini. Nama beliau Aia Mohamed dari Qatar.
Aia Mohamed adalah pemain pingat emas ping pong yang berasal dari Qatar. Dia dilatih oleh **coach** dari China, iaitu Su Li, dan pernah memenangi pingat emas untuk acara ping pong berseorangan mahupun beregu dalam Kejohanan GCC 2010 di Doha.
Image via blogdosampaio.com
Dan ini Siti Rahmah Mohd Nasir, atlet Muslimah dari Malaysia berjaya merangkul pingat emas dalam sukan silat di Sukan Sea Singapura 2015 baru-baru ini
Image via Facebook Sukan Star
Image via Facebook Sukan Star
Ketiga-tiga atlet ini boleh menjadi sebahagian bukti bahawa Islam tidak menghalang penganutnya untuk bersukan, terutama golongan wanita
Tetapi dalam masa yang sama, kesederhanaan dalam berpakaian juga perlu dititikberatkan untuk kebaikan dari segi disiplin dan integriti penganut-penganutnya.
Jadi, adakah perlu untuk atlet Islam Malaysia berpakaian mengikut garis panduan agama?
Bukanlah bidang kuasa kami untuk memberi keputusan samada perlu atau tidak atlet-atlet beragama Islam di Malaysia berpakaian secara *shariah compliant*. Tetapi, kita boleh melihat isu ini sebagai ruang penambahbaikan bagi arena sukan tanah air yang tercinta.
Image via www.thestar.com.my
