seismik

Anak Hilangkan Diri, Warga Emas Hidup Sebatang Kara Makan Nasi Dengan Garam Sahaja

Paling menyedihkan, sebelum ini dia tidak pernah menerima sebarang bantuan bulanan dari mana-mana pihak walaupun pernah mengisi borang namun tiada maklum balas yang diterima.

Cover image via Harian Metro

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Saat Tapah, 69, kini dikatakan hidup sebatang kara selepas berpisah dengan isteri dan anaknya di rumah pusaka usang di Kampung Nelayan, Kuala Kurau

Rumah usang Saat.

Image via Harian Metro

Kehidupannya menjadi bertambah sukar apabila warga emas itu tidak lagi mampu lagi mengerah tenaga untuk bekerja sebagai nelayan berikutan masalah kesihatan serta faktor usia yang kian meningkat.

Menurut laporan, sebelum ini Saat bekerja sebagai nelayan dengan menumpang bot rakan-rakannya. Namun begitu, sejak dua tahun lalu, faktor usia serta masalah kesihatan yang dialami telah menjadi penghalang buatnya untuk mencari rezeki di lautan.

Makanan harian warga emas ini pula hanyalah nasi dengan garam atau roti dengan air kosong sahaja

Saat turut menjelaskan, “Lepas tak turun ke laut, saya makan apa yang ada. Sekampit beras saya boleh bertahan selama sebulan, jika tiada lauk, saya hanya makan nasi dengan garam sahaja. Bila duit tak ada, saya pinjam RM5 daripada rakan untuk membeli roti.

“Dalam dua tiga hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hanya makan tiga keping roti pada waktu pagi, petang dan malam dicicah air kosong,” katanya.

Saat berkata sebelum ini dia langsung tidak pernah menerima sebarang bantuan bulanan dari mana-mana pihak walaupun pernah mengisi borang.

Namun, tiada maklum balas diterima olehnya.

Walau bagaimanapun, Saat ditemui oleh pihak media selepas menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan makanan yang diserah secara peribadi oleh Pengerusi Bersatu Parit Buntar, Md Nayan Salleh, hari ini, 1 April 2020.

Menceritakan kehidupan peribadinya pula, Saat memberitahu dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang kini sudah berusia lingkungan 30-an. Namun, anaknya itu menghilangkan diri ketika berusia 16 tahun dan kini difahamkan berada di Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, anak saudaranya berkata bapa saudaranya itu pernah membuat permohonan bantuan sebanyak beberapa kali kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah namun tiada maklum balas.

Diakui kehidupan bapa saudara agak susah selepas bercerai, namun kami tidak mengabaikannya, jika ada makanan lebih kami hantar dan jika sakit kami akan merawatnya,” katanya."
Anak saudara kepada Saat (nama tidak mahu disiar)

Pengerusi Bersatu Parit Buntar turut tersentuh hati melihat kehidupan warga emas itu lalu tampil memberi sumbangan peribadi berbentuk wang tunai serta kelengkapan makanan buatnya

Md Nayan (kiri)

Image via Harian Metro

Md Nayan berkata, “Dalam tempoh 14 hari arahan PKP ini, bukan lagi masa untuk menyalahkan sesiapa, kebajikan rakyat perlu diutamakan.

"InsyaAllah secara peribadi saya bersedia 24 jam untuk membantu golongan sebegini dan sedia untuk turun padang meninjau dan membantu golongan memerlukan.”

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: