seismik

"Dia Ibu Anak-anak Saya" - Ramai Puji Cara Chef Wan Ambil Berat Bekas Isteri Yang Sakit

Alhamdulillah.

Cover image via Instagram @_chefwan58 | & Hotlips Corner

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Chef Wan sudah lama menjadi bapa tunggal apabila perkahwinannya bersama bekas isteri menemui pengakhiran suatu ketika dahulu

Image via malaymail.com

Walaupun begitu, Chef Wan sehingga hari ini masih menjalankan tanggungjawab terhadap bekas isteri dengan memberi nafkah tanpa gagal.

“Saya dah lama jadi bapa tunggal ni, walaupun dah bercerai saya tetap beri nafkah kepada bekas isteri, saya tahu nanti bila umur dah tak panjang, saya puas hati saya dah buat itu, saya dah buat ini, saya boleh tutup mata dengan tenang,” katanya kepada FMT tahun lalu.

Semalam, 25 Februari 2020, Chef Wan memuat naik sebuah posting di Instagram yang menyentuh hati ramai orang

Image via googleapis.com

Chef Wan menceritakan secara panjang lebar tentang penyakit yang dihidapi oleh bekas isterinya yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Menurut beliau, bekas isterinya itu yang menghidap penyakit Kencing Manis perlu menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kaki.

Akibat daripada gangrene (sel kulit mati sehingga bertukar hitam), prosedur itu terpaksa dilakukan untuk mencegah jangkitan daripada tersebar ke organ lain dalam tubuh sehingga menyebabkan kematian.

Beliau turut menyentuh kisah silam di mana arwah bapanya juga meninggal dunia disebabkan penyakit Kencing Manis tujuh tahun lepas

"Arwah ayah dulu pun sama. Dia meninggal dunia akibat Kencing Manis selepas kedua-dua belah kakinya dipotong dalam masa dua tahun," tulis Chef Wan.

"Pada masa itu, kaki keduanya perlu dipotong tetapi dia mempunyai serangan jantung dan meninggal dunia tujuh tahun yang lalu. Begitu sedih saya mendengar berita ini."

Chef Wan kemudian memberitahu anak-anaknya untuk membawa bekas isterinya pulang dan tinggal di rumahnya selepas pembedahan selesai

Menurutnya, adalah lebih baik jika bekas isterinya itu tinggal di rumahnya bersama ibunya kerana anak-anaknya terlalu sibuk dengan tuntutan kerja setiap hari, sehingga tiada masa untuk memberi perhatian.

Dia turut mencadangkan anaknya untuk mengupah seorang jururawat supaya kebajikan bekas isterinya dijaga.

"Saya memberitahu anak perempuan saya, apa yang saya boleh lakukan sekarang selepas pembedahannya ialah mengupah seorang jururawat untuk menjaganya di rumah bersama ibu saya," tulis beliau lagi.

"Pasti sukar bagi anak-anak untuk merawatnya kerana masing-masing sibuk dengan kerja mereka.

"Sekurang-kurangnya saya ada pembantu rumah serta pemandu untuk membawanya ke hospital bagi menjalani dialisis tiga kali seminggu."

"She's the mother of my children. The least i could do is to comfort her in the remaining of her life"

Baca tulisan penuh Chef Wan di bawah:

View this post on Instagram

My daughter visiting me after visiting her mother at GH hospital. Her diabetes sore from the leg has turned to gangrine and from the MRI showed that there no way to save her leg except to be amputated asap. Otherwise it can destroy the heart and she can die due to the infection spresding up wards to other organs too. We were told today even the second leg with sore also need to be amputated. But they will do one first as she has a weak heart and loosing 2 legs at the same time is too much for her. We were told to think about this asap and make our quick decision. However the dr said there risk from this amputation as her heart is also weak. She can die from this operation too! This really put us in a difficult position. To amputate or not still we are taking the risk. I was told by my son yesterday that she was so depressed hearing this new. As devastated as we are as families we all have warn her about her eating habits for years knowing she is suffering from diabetes. She would not take my advice and i kind of expected this one day would happened. By late dad was the same. He died of diabetes after they amputated his leg after 2 years. At that time his 2nd leg was going to be amputated too but he had a heart attack and passed away 7 years ago. So sad to hear this new. I told my daughter what i can do now after the surgery is to hire a nurse to care for her and care for her at my home with my mother. Its difficult for the kids to care for her as they are busy with their work. At least i have my maid, her current maid which i hire too and my driver to take her to her 3x a week dialysis. Omg such a huge challenge and responsibilities i will need to face now. My home soon will turn to be a nursing home dah. But what to do. She the mother of my children. The least i could do is to comfort her in the remaining of her life. Life is indeed a huge challenge but one must always make that sacrificies. Tak kan kita nak sia2 kan dia. May Allah give me the strength..Insyallah.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Ruangan komen post tersebut dibanjiri dengan komen orang ramai, masing-masing tersentuh dengan sikap mulia yang ditunjukkan oleh beliau

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: