Dua Orang Awek Jepun Ini Fasih Cakap Melayu Dalam Masa Lima Bulan Sahaja
Mereka bercakap dengan lenggok dan nahu sekali. Memang mengagumkan!
Tentu kamu pernah menonton video Wanita Korea bercakap dalam bahasa Melayu ini, kan?
Gadis dari Korea ini bernama Luveve, berumur 24 tahun dan kini tinggal di Seoul, Korea. Dia sukakan negara Malaysia dan juga suka bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaupun tak berapa fasih, tapi dia tetap nak cuba.
Atau mungkin juga kamu sudah lihat video mat salleh yang fasih berbahasa Terengganu ini
Video ini menunjukkan seorang mat salleh yang dikenali sebagai Mat Dan yang begitu fasih bercakap loghat Terengganu di Pulau Kapas. Menurut sumber, Mat Dan ini berasal dari Bristol, England. Kisah bagaimana dia datang ke Pulau Kapas sehingga menetap disitu masih menjadi misteri. Dikhabarkan juga bahawa Mat Dan telah memeluk Islam pada awal tahun ini.
Manakala wanita dari Jerman ini juga mahir bertutur dalam bahasa kebangsaan. Terkejut semua orang tengok dia cakap Melayu.
Kehadiran seorang wanita Jerman yang fasih berbahasa Melayu di pusat sumbangan di Taman Kerang, Kuantan ketika musibah banjir melanda nyata menarik perhatian orang ramai di sana.
Namun yang paling terkini, tergempak dan paling awesome adalah video dua gadis Jepun yang fasih berbahasa Melayu dalam masa hanya lima bulan sahaja! Power!
Arika Yamaura dan Akari Sakumi merupakan pelajar pertukaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Menurut Arika dan Akari, mereka telah lama jatuh cinta pada budaya dan bahasa Malaysia iaitu sejak 4 tahun lepas. Agaknya, peluang menjadi pelajar pertukaran di Malaysia ini telah mereka gunakan sebaiknya untuk mendalami bahasa Malaysia dan budaya tempatan.
Dua gadis ini berkata, tujuan mereka memuat naik video itu adalah untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Malaysia kepada orang Jepun dalam bahasa Jepun. Mereka berharap lebih ramai orang Jepun dan Malaysia tahu tentang budaya Jepun dan Malaysia.
Pada tahun 2013, Arika dan Akari pernah memenangi pertandingan pidato bahasa Melayu yang diadakan di Japanese Language School di Tokyo. Memang hebat!
Dalam pertandingan itu, Arika Yamaura mendapat tempat pertama manakala Akari Sakumi pula tempat ketiga. Pertandingan itu dianjurkan oleh Persatuan Japan-Malaysia dengan kerjasama kedutaan Malaysia di Jepun. Tahun berikutnya, Arika mewakili jepun dalam pertandingan Pidato Kebangsaan yang diadakan di Malaysia.
tufs.ac.jpDalam pertandingan yang dianjurkan di Malaysia pada tahun 2014 itu juga Arika berjaya memikat hari penonton dan barisan lima panel hakim apabila menyanyikan rangkap lagu Jalil Hamid yang bertajuk 'Makan'.
Dengan suara halus merdu, beliau menyanyikan rangkap yang berbunyi 'Mari dengar cerita pasal makan, di Malaysia mewah tempat makan, negara luar kebulur mati tak makan, tapi di sini mati pasal banyak makan'.
Lagu itu dinyanyikan Arika ketika menyampaikan pidato peringkat suku akhir PABM Piala Perdana Menteri 2014 bertajuk Malaysia Syurga Makanan Dunia yang diadakan di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia.
Mereka turut memuat naik video menerangkan tentang musim sakura di Jepun dalam bahasa tempatan. Comel!
Semangat cintakan bahasa kebangsaan yang ditunjukkan oleh warga Jepun ini patut kita jadikan teladan. Ternyata, bahasa Melayu tak kurang hebatnya di mata dunia.