[VIDEO] Apabila Ayat-Ayat "Kejam" Dalam Bible Disangka Datangnya Dari Al-Quran...
Macam mana reaksi orang ramai?
Islamophobia Islamophobia Islamophobia; mana-mana orang Islam pergi di serata dunia, perkataan inilah yang sering menghantui perjalanan dan keselamatan mereka
Ditambah pula dengan serangan di Paris, Perancis baru-baru ini, nama agama Islam semakin tercemar dek kerana media barat yang bersungguh-sungguh menjejaskan kesucian Islam. Bagi mereka, jika seorang Muslim berbuat jahat, satu agama Islam akan dicop jahat. Ya, inilah realiti sebenar kehidupan era masa kini.
Menurut pandangan segelintir pihak, Islam adalah agama yang jahat disebabkan oleh kandungan kitab suci Al-Quran yang terlalu banyak mengajar untuk melakukan keganasan
Tetapi, ada satu perkara yang jarang sekali orang persoalkan iaitu:
Bagaimana pula kandungan kitab Injil atau Bible?
Satu social experiment telah dijalankan di Belanda oleh dua orang lelaki dari Dit Is Normaal di mana, kitab Bible diberi "penyamaran" semata-mata bagi memberi ilusi bahawa ia adalah Al-Quran
Sebuah kitab Bible dibeli dan diberi penyamaran dengan hanya membalutkannya dengan kertas yang mempunyai tulisan 'De Helige Koran' (The Holy Quran) di atasnya. Ini bagi menampakkan seolah-olah kitab Bible itu adalah Al-Quran.
Kemudian, dua lelaki ini pergi bertemu orang di jalanan secara rawak untuk bacakan ayat-ayat "kejam" yang terkandung dalam kitab tersebut seperti bunuh, potong tangan, dan macam-macam lagi
Apabila ditanyakan pendapat, ini reaksi mereka:
Boleh kata, kesemua mereka memberikan ulasan negatif terhadap ayat-ayat "Al-Quran" yang dibacakan kepada mereka. Ada juga yang mempersoal macam mana boleh ada orang yang percaya kepada ajaran-ajaran sebegitu.
Selepas mendapatkan reaksi, dua lelaki itu akhirnya membongkarkan satu rahsia. Sebenarnya, ayat-ayat yang mereka bacakan tadi merupakan kandungan dalam Bible, bukan Al-Quran.
Kesimpulannya, semua agama mengajar kebaikan. Tidak ada satu agama pun di dunia ini yang menggalakkan keganasan. Ia semua bergantung kepada individu. Jika dia seorang yang ganas, maka dialah yang ganas, bukan agamanya.
Islam tidak menggalakkan keganasan atau keamanan. Islam hanyalah sebuah agama. Dan seperti agama lain di dunia ini, ia bergantung kepada apa yang anda bawakan ke dalamnya. Jikalau anda seorang yang ganas, Islam anda, Yahudi anda, Kristian anda, Hindu anda, akan menjadi ganas.
- Reza Aslan
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!