Kalau Anda Kantoi Berkhalwat Di Rumah, Anda Tak Sepatutnya Dihukum. Setuju?
Katanya, hukuman bagi pelaku khalwat adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Ada orang kata, kita tak patut jatuhkan hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah sendiri kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu
Ini memberi maksud, tak ada masalah untuk berkhalwat asalkan ianya dilakukan di rumah sendiri atau di mana-mana tempat private, dan bukan di tempat awam.
Kalau ditangkap, kita tak ada hak untuk menghukum si pelaku. Perbuatan menghukum itu seolah-olah tidak menghormati privasi mereka kerana melanggar hak kebebasan seseorang.
Selepas mencadangkan pemansuhan JAKIM, kumpulan bekas penjawat awam, G25 menggesa untuk memansuhkan beberapa undang-undang syariah pula
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Kata Noor Farida, pihaknya juga menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
Menurutnya, konsep ini bertentangan dengan agama Islam. Pelaku khalwat hanya perlu dihukum sekiranya ia dilakukan di kawasan awam.
“Tiada negara Islam lain yang mempunyai undang-undang khalwat. Ini bertentangan dengan Islam. Kamu tidak boleh mengetuk pintu rumah orang pada jam 3 pagi dan menangkap mereka.
sinarharian.com.my“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegas Noor Farida.
Beliau menambah, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.
Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan netizen di laman sosial. Masing-masing menganggap fahaman Datuk Noor Farida terlalu liberal sehingga mencemarkan kesucian agama Islam.
Mufti Perlis, Dr Maza memberi keterangan tentang isu ini melalui statusnya di Facebook. BACA STATUS PENUH:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!