seismik

Pelik Kan. Kenapa Vape Lebih Giat Dibanteras Berbanding Rokok?

Sedangkan pengharaman rokok sebenarnya lebih jelas.

Cover image via vimeo.com

Beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran kepada pengusaha vape bahawa pihak mereka akan mengadakan operasi merampas liquid yang mengandungi nikotin

Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengadakan operasi secepat mungkin bagi merampas perasa yang mengandungi nikotin digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, KKM mempunyai kuasa untuk merampas sebarang produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

"Kami akan mulakan operasi secepat mungkin," katanya.

kosmo.com.my

Belum sampai dua hari, KKM telah melancarkan serbuan ke beberapa buah kedai vape secara mengejut, yang didakwa telah menyebabkan kerugian sebanyak lebih RM200,000 kepada para peniaga

Serbuan yang dilakukan di salah sebuah kedai vape di Batu Pahat, Johor.

Image via www.kedahnews.com

Tidak sampai 48 jam amaran dikeluarkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula melancarkan serbuan terhadap beberapa kedai yang didapati menjual perisa rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin.

Nikotin merupakan bahan kimia kawalan tetapi hanya dikecualikan dalam pembuatan produk tembakau, manakala aktiviti penjualan cuma boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

Peniaga yang didapati ingkar sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali menurut akta sedia ada.

kedahnews.com

Selepas isu ini menjadi hangat, laman FB Persatuan Belia Islam Nasional memuat naik satu status dengan tajuk '5 Sebab Belia Wajib Tolak Vape'. Ini sebab-sebabnya:

1. Akhlak seorang Mukmin

Kita sebagai orang Islam, Allah perintahkan untuk kita menjadi contoh yang baik pada orang lain. Menjadi contoh yang terbaik termasuklah menunjukkan contoh akhlak yang baik. Budaya menghisap rokok atau vape bukanlah satu budaya yang indah dilihat oleh mata manusia, dan juga bukanlah baik di sisi Nabi, apatah lagi di sisi Allah.

facebook.com

2. Membazirkan duit

Vape bukan datang bergolek secara percuma. Mereka perlu membeli dengan wang ringgit. Ada vape yang mencecah ratusan ringgit. Namun, ada yang bersuara, rokok lagi mahal kerana ada kenaikan cukai. Vape lebih murah. Sebenarnya, mereka sudah lari daripada di mana harta kita sepatutnya diletakkan. Seorang Mukmin yang sihat imannya tidak akan gunakan wang ringgit pada jalan yang membawa kepada pembaziran. Lebih-lebih lagi pembaziran secara berkala pula.

Kita tengok apa contoh-contoh dari para sahabat. Ketika peristiwa Jaisyul Usroh, para sahabat seperti Abu Bakar mendermakan wang sebanyak 400 dirhamnya, Umar memberi setengah dari hartanya, Uthman dengan 100 dinarnya, Abdur Rahman bin Auf dengan 200 uqiyah peraknya dan ramai lagi nama-nama para sahabat yang gigih memberikan harta pada jalan Islam. Kerana harta itulah yang menjadi pemberat amalan di hari akhirat

facebook.com

3. Difatwakan Haram

Sudah ramai mufti menfatwakan vape ini haram seperti mana rokok dan shisha. Maka sesiapa yang melakukannya juga akan mendapat balasan dosa. Setiap hisapan asap menjadi pemberat pada dosa di akhirat.

facebook.com

4. Kajian yang menyokong vape naif

Hanya satu sahaja kajian yang menyatakan 95% lebih selamat berbanding rokok biasa. Tambah pula kajian ini ditaja oleh Syarikat British American Tobacco (BAT juga mengaut keuntungan menjual vape) Satu kajian sahaja dijadikan hujah utama walhal dalam bidang melibatkan kesihatan kebiasaannya ada banyak hasil kajian yang sama baru boleh dijadikan bukti kukuh.

facebook.com

5) Bukan aspirasi anak muda

Aspirasi anak muda bukanlah mencari keuntungan semata-mata sehingga meninggalkan semua nilai agama, akhlak dan prinsip malah ada yang jauh lebih baik dari itu! Anak muda sebagai harapan negara sewajarnya mengejar untuk mengharumkan nama negara, mengejar kecemerlangan sehingga di peringkat pengajian tinggi, aktif dalam bersukan, membantu masyarakat melalui aktiviti kesukarelawanan dan macam-macam lagi. Kenapa tidak tekankan aspirasi ini berbanding dengan satu aspirasi saja?

facebook.com

Isu rampasan ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap adalah tidak adil bagi kerajaan untuk merampas cecair vape yang mengandungi nikotin, tetapi tidak merampas rokok yang terang-terangan lebih memudaratkan.

Pendapat orang ramai turut disokong Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan vape, tetapi tidak kepada rokok, walaupun fatwa pengharaman rokok adalah jelas.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Image via kl.coconuts.co

Asri berkata, penentuan hukum menggunakan vape perlu berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata.

themalaysianinsider.com

"Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan."

"Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi."

"Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Sekarang ini hanya vape yang 'kelihatan' haram."

facebook.com

"Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya hampir sepakat dan jelas," ujar beliau

"Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya. Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat."

"Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu. Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam. Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape."

"Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata," jelasnya lagi.

facebook.com

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak KKM menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan terhadap pengusaha perniagaan berkenaan

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan merampas cecair berkenaan bukan penyelesaian kepada isu yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

"Saya desak KKM menghentikan operasi merampas stok cecair vape ini. Bukan ini caranya selepas kerajaan putuskan tidak melarang vape di negara ini."

"Caranya ialah dengan membimbing dan mendidik pengusaha serta pengguna vape ke jalan yang betul iaitu dengan panduan mengeluarkan cecair secara dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bukan dengan merampas," katanya.

astroawani.com

"Siapa akan bayar balik ganti rugi?" soal Khairul Azwan

Dalam pada itu Khairul Azwan menimbulkan pertanyaan pihak mana yang akan membayar semula ganti rugi rampasan kepada pengusaha vape yang terlibat.

"Sudah jelas pengusaha ini sudah berbelanja besar dan membuat pelaburan serta kos yang sudah dihabiskan. Siapa akan bayar balik ganti rugi? Kerajaan seharusnya memberi panduan dan membantu kawal selia. Merampas bukan penyelesaiannya," ujarnya.

astroawani.com

Apa pendapat anda?

Macam-macam dah orang bahaskan mengenai vape. Antaranya:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: