seismik

'Maaf Chief. Ia Bukan Emas' - Kata Azizulhasni Awang #PocketRocketMan

Betul-betul macam rocket!

Cover image via SAYS

Itu adalah ungkapan The Pocketrocketman, Azizulhasni Awang kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin selepas mencipta sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio, awal pagi tadi


Kejayaan itu amat bermakna buat pelumba berusia 28 tahun itu setelah gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.

Kemenangan pingat pakar keirin negara ini juga merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Anak kelahiran Terengganu ini mengakui, gangsa yang diraihnya itu sememangnya bersejarah kerana ini pertama kali pelumba basikal negara memenangi pingat di Sukan Olimpik

Image via BERNAMA/Twitter

"Namun, saya harus akui kemenangan ini tidak tercapai tanpa sokongan dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia.

"Jadi, saya hadiahkan pingat ini kepada semua dan saya harap rakyat Malaysia bangga serta gembira," katanya.

bharian.com.my

Bagaimanapun, terdapat beberapa kontroversi berlaku apabila perlumbaan tersebut dibatalkan sebanyak dua kali kerana pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek tersebut

Di perlumbaan final, Azizul kelihatan diasak dan dikepung oleh pelumba-pelumba lain tetapi Azizul memecut di saat-saat akhir sekaligus berjaya meraih tempat ketiga.

Image via BERNAMA/Twitter

"Sukar untuk merungkai perasaan saya, bangga, terharu gembira dan sedih pun ada. Saya telah berusaha yang terbaik sejak Beijing dan London lagi. Matlamat asal adalah untuk mememangi pingat emas di Rio, tetapi saya telah berikan yang terbaik buat Malaysia.

"Saya masih muda lagi, panjang lagi kariernya dan prestasi saya masih berada di tahap yang terbaik, kemenangan pingat gangsa ini merupakan permulaan yang baik untuk saya beraksi dengan baik lagi di Tokyo 2020," kata Azizul.

astroawani.com
Image via Fly FM/Twitter

Nampaknya kejayaannya itu, benar-benar membanggakan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada beliau menerusi laman Twitter






Tahniah #PocketRocketMan. Kami bangga dengan anda!

Tonton ucapan beliau pagi tadi:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Malaysia Boleh!

Eh, ini kenapa pulak?