Program Isi Minyak Percuma Akan Bermula Pada April Ini
Berita gembira untuk semua penunggang motosikal!
Bermula pada bulan April, setiap penunggang motosikal yang berada di setiap kawasan Wilayah Persekutuan akan mendapat bantuan petrol secara percuma setiap bulan
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohammad Rafi telah membuat pengumuman ini semalam, 22 Februari 2017. Bantuan ini akan diberi kepada semua penunggang motosikal yang berada di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.
"Kita akan beri kepada semua tanpa mengira latar belakang dan parti politik."
Tanpa mengira latar belakang, bantuan ini akan diberi kepada semua penunggang motosikal. Bantuan ini selaras dengan usaha kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup tinggi yang menghimpit rakyat.
Menurut Muhd Razlan lagi, seramai 117,000 penunggang motosikal disasar menerima bantuan berkenaan sepanjang program itu berlangsung
"Kita faham bahawa ramai daripada penunggang motosikal ini kurang berkemampuan dari segi kewangan dan kami prihatin untuk membantu mereka yang memerlukan," kata Mohd Razlan lagi.
Menurutnya juga, sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan oleh Pemuda Barisan Nasional untuk menjayakan program ini.
Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan tidak lama lagi.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!