Bapa Cekik, Bunuh Dan Campak 3 Anak Gadis Ke Dalam Sungai Kerana Tiada Wang
Hanya kerana tidak mempunyai wang, seorang bapa sanggup bertindak kejam.
Seorang bapa, Sanjay Dubey di Gujarat, India tergamak mencekik ketiga-tiga anak gadisnya sehingga mati lalu mencampak mayat mereka ke dalam sungai kerana tidak ada duit
Seorang bapa didakwa mencekik tiga anak perempuannya yang berusia dalam lingkungan 9 tahun ke bawah dan melemparkan tubuh mereka ke dalam sungai kerana takut tidak mampu membayar majlis perkahwinan mereka.
Sanjay Dubey, 33, telah ditangkap di tempat kejadian di Gujarat, India pada malam hari Jumaat, 13 Februari 2015 di mana beliau mengakui membunuh anak-anaknya itu kerana tidak mempunyai wang.
Pada malam kejadian, Sanjay memberitahu isterinya, Meera Devi untuk membawa tiga anak gadisnya itu ke sebuah pameran tempatan, sementara Meera hanya tinggal di rumah untuk masak makan malam
Isterinya, Meera Devi, 32, berkata: "Anak-anak perempuan saya sangat gembira pada malam itu. Sanjay memberitahu mereka dia akan membeli mereka beberapa pakaian baru di pasar raya dan mereka sangat teruja."
"Mereka semua meninggalkan rumah pada pukul 6 petang manakala saya ditugaskan untuk menyediakan makan malam."
"Tetapi apabila mereka tidak pulang selepas jam 10 malam, saya mula membuat panggilan kepada Sanjay tetapi telefonnya dimatikan."
"Saya menangis teresak-esak sepanjang malam. Saya tidak boleh tidur walaupun sesaat. Saya fikir mereka pasti terlibat dalam kemalangan mengerikan atau sesuatu yang buruk telah meinmpa mereka."
Keesokan harinya, Meera dikejutkan dengan satu berita tragik di mana kesemua anak gadisnya itu telah dibunuh secara kejam oleh Sanjay sendiri
Meera telah diberitahu tentang berita pembunuhan ketiga-tiga anak gadisnya tersebut oleh adik iparnya pada keesokan hari.
"Saya tidak tahu kenapa dia sanggup membunuh anak-anak perempuannya sendiri. Ini bukan perwatakannya sama sekali. Dia seorang bapa penyayang yang sangat mengasihi kesemua anaknya. Anak-anak perempuan kami adalah dunia kami. Namun kini mereka sudah tiada," kata Meera.
Dalam pada itu, Sanjay Dubey berkata dia "tidak ada pilihan lain selain membunuh anak-anak saya" selepas mengalami kemurungan kerana kehilangan sebanyak RM16,820 dalam perniagaan
Inspektor Mahendra Kher berkata: "Kami menerima panggilan pada pagi Sabtu dari seorang penduduk yang telah menemui tiga mayat terapung di dalam sungai. Apabila kami sampai ke tempat kejadian, Sanjay sudah pun berada di situ dan beliau terus mengaku telah membunuh anak-anaknya."
Sanjay dilaporkan mengalami kemurungan setelah kehilangan sebanyak £3,000 (RM16,820) dalam satu urus niaga perniagaan bulan lalu. Beliau didapati sedang melawan kemurungannya itu namun gagal.
Sanjay berani memberitahu polis bahawa dia tidak mempunyai pilihan selain membunuh ketiga-tiga anak perempuannya itu kerana bimbang mengenai kos sara hidup dan perbelanjaan perkahwinan di masa depan.
Sehingga kini, kebanyakan keluarga di India suka menganggap anak perempuan sebagai satu beban ekonomi kepada keluarga kerana mereka terlalu bimbang tentang kos perkahwinan dan mas kahwin yang besar
Malah, kebanyakan keluarga juga enggan mengeluarkan perbelanjaan sekolah untuk anak-anak gadis disebabkan mereka percaya semua itu tidak ada gunanya kerana wanita hanya akan tinggal di rumah.
Ramai ibu bapa di India bertindak membunuh bayi perempuan mereka ketika dalam kandungan, manakala sesetengah mereka turut mengambil keputusan untuk membunuh anak perempuan mereka setelah dilahirkan beberapa tahun kemudian.
Dengan penduduk seramai 1.27 billion, negara itu mempunyai nisbah penduduk 943 wanita untuk 1000 lelaki, yang telah lama menjadi kebimbangan bagi kerajaan India.