seismik

Baru 7 Bulan Berkahwin Fiza Dah Failkan Perceraian Di Mahkamah?

Belum sampai setahun usia rumah tangga mereka tetapi macam-macam dugaan yang telah dilemparkan umum kepada pasangan Adam dan Fiza.

Cover image via sarawak.era.fm

[TERKINI] Adam Dan Fiza Rujuk Semula Selepas Hampir 3 Bulan Bercerai

Fiza dan Adam rujuk kembali selepas hampir 3 bulan berpisah.

Image via ohbulan.com

Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.

rotikaya.com

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa (15 Julai 2014) sekitar jam 11.00 pagi untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka.

rotikaya.com

"Walaupun Bercerai, Kami Tidak Bermasam Muka Dan Masih Terus Berhubung. Ternyata Cinta Kami Masih Kuat," Kata Adam.

Image via wowartis.com

"Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam.

rotikaya.com

Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.

rotikaya.com

Fiza Pula Berkata Yang Beliau Impikan Untuk Mengerjakan Umrah Bersama Adam Selain Harapan Untuk Segera Menimang Cahaya Mata Dengan Suaminya Itu

Image via ohbulan.com

“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.

rotikaya.com

Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

rotikaya.com

14 Mei: Adam Dan Fiza Bakal Rujuk Semula?

Penyanyi dan pelakon Adam AF2 mengakui sedang dalam proses memikirkan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, pelakon Fiza Abdul Halim, 33, selepas sah bercerai talak satu pada 28 April lalu.

mstar.com.my

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh."

myartis.com

"Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," katanya ketika dihubungi.

mstar.com.my

Selepas Bercerai Pada 28 April 2014 Lalu, Kedua-Dua Mereka Masih Menghubungi Dan Mengakui Masih Sayang Antara Satu Sama Lain

Untuk makluman, selepas berpisah, mereka berdua masih berhubung seperti biasa dan berkawan baik. Senang cerita, mereka tidak pernah bermusuhan selepas bercerai. Nampaknya masih ada sinar harapan untuk melihat kasih Adam dan Fiza bertaut kembali.

beautifulnara.com
Image via Instagram Fiza

"Hakikatnya sehingga sekarang kami masih lagi sayang dan rindu antara satu sama lain. Bukan nak kata saya atau Adam gila talak tapi kalau untuk yang baik (berkahwin semula), apa salahnya, bukan?" ujar FIza.

beautifulnara.com

Apa-Apa Pun, Sama-Samalah Kita Mendoakan Yang Terbaik Buat Mereka. Semoga Segala Urusan Dipermudahkan Oleh-Nya.

Image via ammboi.com

28 April: Adam dan Fiza Sah Cerai Talak Satu Selepas Hanya 7 Bulan Berkahwin

Image via rotikaya.com

Teka-teki rumah tangga pasangan penyanyi Adam AF dan pelakon terkenal, Fiza Elite akhirnya terjawab selepas mereka berdua akhirnya sah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah semalam (28 April 2014).

astrogempak.com.my

Tweet daripada Harian Metro pada 28 April 2014 mengenai perceraian Adam dan Fiza.

Image via Twitter Harian Metro

Lafaz cerai telah dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari di hadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.

astrogempak.com.my
Image via mstar.com.my

Fiza Menganggap Ini Semua Ketentuan Ilahi Dan Terpaksa Redha Dengan Segalanya

Image via rotikaya.com

"Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua. Saya reda dengan ketentuan Allah."

mstar.com.my

"Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini. Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami," kata Fiza.

beautifulnara.com

Adam Menjelaskan Tiada Persefahaman Merupakan Punca Keretakan Rumahtangga Mereka Serta Mengakui Berat Untuknya Melafazkan Talak

Image via blogspot.com

“Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun reda kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan. Kami sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini, namun tiada jodoh lagi antara kami,” kata Adam.

rotikaya.com

“Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau ada izin Allah di masa depan kami mungkin bersatu semula,” tambahnya lagi.

rotikaya.com

22 April: Memang Sah! Fiza Dan Adam Dalam Proses Perceraian Selepas Hanya 7 Bulan Berkahwin

Hubungan Adam dan Fiza hanya bertahan selama 7 bulan.

Image via imgur.com

Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin, 28 April 2014.

hmetro.com.my

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

hmetro.com.my

Menurut Harian Metro, Penjelasan Lanjut Dari Kedua-Dua Pihak Bagaimanapun Gagal Didapatkan Apabila Masing-Masing Memilih Untuk Mendiamkan Diri

Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.

hmetro.com.my

20 April: Perkahwinan Adam AF2 Dengan Fiza Elite Dikatakan Semakin Goyah Apabila Fiza Memfailkan Penceraian Kepada Mahkamah Rabu Lalu, 16 April 2014

Ada sumber yang mendedahkan Fiza dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

utusan.com.my

Rumah tangga Adam dan Fiza kini dikatakan goyah selepas hanya 7 bulan berkahwin.

Image via plbgaimacam.blogspot.com

Penyanyi Adam (AF2) mengambil pendekatan mahu mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu isterinya, Fiza (Elite) dikatakan memfailkan perceraian.

mstar.com.my

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik," kata Adam ketika dihubungi.

mstar.com.my

Khabar Angin Ini Telah Timbul Sejak Oktober 2013 Lagi, Hanya Sebulan Selepas Mereka Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel di BPOP Berita Harian pada 27 Oktober 2013 menyiarkan perkhabaran keretakan rumah tangga Adam dan Fiza.

Image via www.rotikaya.com

Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan.

rotikaya.com

Pergaduhan Bermula Apabila Fiza Dilihat Berbual Dengan Bekas Kekasihnya Di Sebuah Stesen Minyak Yang Kemudiannya Tidak Disenangi Adam

Adam dikatakan cemburu dengan tindakan Fiza berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak.

Image via fuh.my

Sebaik sahaja pulang ke rumah, Adam AF yang cemburu dengan apa yang terjadi dikatakan telah mempertikaikan kisah silam isterinya.

beautifulnara.com

Adam dan Fiza turut dikatakan bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya.

beautifulnara.com

Walau Bagaimanapun, Pasangan Suami Isteri Ini Menafikan Sekeras-Kerasnya Mengenai Dakwaan Keretakan Rumah Tangga Mereka

Adam menafikan bahawa tiada sebarang pergaduhan besar yang berlaku dan rumah tangga mereka tidak goyah seperti yang dilaporkan.

truestory.my

Saat bahagia Adam dan Fiza selepas bergelar suami isteri.

Image via beautifulnara.com

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihati isteri saya,” ujar Adam AF yang turut menafikan isterinya itu meninggi suara dengannya.

truestory.my

Fiza pula menegaskan, “Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya.”

mummynemo.com

Namun, Ramai Orang Mula Mempersoalkan Tindakan Fiza Memadam Gambar-Gambar Adam Di Laman Instagram Miliknya

Selepas menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.

ohbulan.com

Menjawab perkara itu, Fiza berkata, ia tidak seharusnya dijadikan isu hanya disebabkan gambar Adam tiada di laman sosialnya.

mummynemo.com

“Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan," jawab Fiza.

mummynemo.com

Fiza Turut Meraikan Majlis Harijadi Anaknya Bersama Bekas Suami Di IIUM Montessory Pada 10 April Lalu

Gambar Fiza Juga Sudah Tidak Kelihatan Lagi Di Laman Instagram Adam Sejak Kebelakangan Ini

Gambar terbaru Fiza sudah tidak kelihatan di laman Instagram Adam.

Image via Instagram Adam

Terbaru, Fiza Telah Memuat Naik Sebuah Gambarnya Bertelekung Dengan Luahan Hati Yang Agak Panjang Memohon Sokongan Dan Dorongan Dari Orang Ramai

Foto Fiza seperti baru lepas menangis.

Image via ohbulan.com

Luahan hati Fiza pada laman Instagram miliknya.

Image via Instagram Fiza

Adam Dan Fiza Sah Bergelar Suami Isteri Pada 26 September 2013

You may be interested in: