Bayi 8 Bulan Mati Rentung Bersama Ibu Dalam Nahas Jalan Raya
Seorang ibu serta bayinya yang baru berusia 8 bulan tersepit pada kerusi memandu dan penumpang dan tidak mampu untuk menyelamatkan diri mereka akibat kenderaan yang dinaiki remuk teruk.
Pada 26 Mei 2014, Seorang Ibu Dan Bayi Perempuannya Yang Baru Berusia 8 Bulan Mati Rentung Setelah Kereta Yang Dinaiki Bertembung Dengan Sebuah Trak Pikap Sebelum Meletup Dan Terbakar
Seorang ibu dan bayi perempuannya berusia lapan bulan rentung apabila kereta dipandu wanita itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Bakam.
bharian.com.myAkibat pertembungan itu, Proton Saga dipandu Rohnalee Labo, 28, meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan bayi perempuannya Adira A-Amir gagal menyelamatkan diri dan rentung di tempat kejadian.
peraknews.comSeorang Saksi Memaklumkan Bahawa Orang Ramai Yang Cuba Menyelamatkan Mangsa Dan Bayi Itu Tidak Boleh Berbuat Apa-Apa Kerana Api Marak Terlalu Cepat
Menurut seorang saksi, ibu serta bayi itu tersepit pada kerusi memandu dan penumpang akibat kenderaan yang dinaiki remuk teruk.
hmetro.com.my“Sukar membayangkan perasaan kami ketika itu kerana saya dan orang ramai cuba untuk mengeluarkan mangsa dan bayinya yang tidak sedarkan diri itu, tetapi api marak terlalu cepat dan kami tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu, cuma melihat sahaja.”
hmetro.com.my“Kami sedih kerana gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit dan tiada apa yang mampu kami lakukan ketika itu,” kata Rahman Jemin, 40.
hmetro.com.myMangsa Dikatakan Sedang Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah Selepas Menghantar Anaknya Ke Tadika Di Pusat Bandar Pada Pukul 6.30 Pagi
Perjalanan pulang seorang ibu bersama bayi berusia lapan bulan selepas menghantar seorang anaknya ke tadika di pusat bandar ini bertukar tragedi apabila kedua-duanya mati rentung.
kosmo.com.myKetua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, sebelum nahas, ibu malang yang tinggal memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar raya menuju ke Bakam.
kosmo.com.myKatanya, 4WD jenis Nissan Navara yang dipandu Firdaus Abdullah, 48, bersama isterinya pula datang dari arah bertentangan. Firdaus bersama isterinya sempat keluar menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.
kosmo.com.myAhli Keluarga Mangsa Mendapati Sangat Sukar Untuk Menerima Berita Kematian Mangsa Bersama Anaknya. Mangsa Juga Dikatakan Sebagai Seorang Yang Peramah Dan Baik Hati.
“Dunia ini seakan-akan gelap sebaik menerima berita buruk ini. Saya benar-benar tersentak,” kata Norshahira Abdullah, 37, kakak kepada mangsa, Rohnalee Labo.
hmetro.com.my“Saya sangat sedih, lebih-lebih mengenangkan nasib bayi yang turut terkorban dalam kejadian itu,” keluhnya. Norshahira berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Rohnalee ketika ibu mereka datang dari Limbang pada 16 Mei lalu ke sini kerana perlu menjalani pembedahan mata.
hmetro.com.my“Saya tidak sempat bersembang lama dengannya masa itu sebab dia tergesa-gesa pulang ke rumahnya. Tidak sangka itulah pertemuan terakhir kami. Dia seorang yang peramah. Saya sangat rapat dengannya meskipun jarang bertemu,” tambahnya lagi.
hmetro.com.my