seismik

Bayi Dikerat 8 Dan Dibuang Dalam Lubang Tandas Oleh Ibu Di Kedah

Tak pasti apa sebab si ibu sanggup melakukan perkara kejam terhadap anak sendiri. Ke mana hilangnya peri kemanusiaan?

Cover image via hourdose.com

Selepas satu kes bayi kerat 15 tanpa kepala dilapor pada Mei lalu di Johor, kini berlaku lagi satu kes kerat bayi, dan kali ini di Kedah. Ironinya, situasi untuk kedua-dua kes adalah hampir serupa.

Polis menemui mayat bayi kerat 15 di dalam loji kumbahan di Johor pada 17 Mei 2015.

Image via www.apeciter.com

Pada petang Selasa, 7 Julai 2015, polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah.

Image via www.sinarharian.com.my

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.

Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.

bharian.com.my

Susulan penemuan itu, ibu bayi terbabit berusia 31 tahun ditahan. Difahamkan, wanita tersebut mengerat bayi itu sebaik melahirkannya di dalam tandas tanpa diketahui ahli keluarga yang lain.

Lokasi mayat bayi dikerat lapan ditemui.

Image via www.hmetro.com.my

“Pada mulanya dia mengadu sakit pinggang ketika berada di rumah datuknya menyebabkan ahli keluarga menghantarnya ke klinik untuk menerima rawatan. Doktor kemudian memberitahu dia hanya mengalami masalah angin dan kurang gula dalam darah sebelum memberinya ubat."

"Wanita itu kemudian pulang ke rumah sebelum tidur. Bagaimanapun dia terjaga pada 1 petang mengadu sakit perut sebelum ke tandas. Dia hanya keluar sejam kemudian selepas melahirkan anaknya di dalam tandas dan tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga."

"Dia mengalami pendarahan pada keesokan harinya dan disedari keluarga yang menghantarnya ke Hospital Jitra pada 1.45 petang," kata Abd Rahim.

hmetro.com.my

Pada mulanya, wanita terbabit berkata dia hanya membuang bayi itu ke dalam tong sampah. Selepas siasatan dijalankan, akhirnya dia mengaku mengerat bayi berkenaan dengan senjata tajam kemudian membuangnya ke dalam lubang tandas.

"Doktor yang merawatnya kemudian mendapati ada kesan koyakan di kemaluan sebelum dia mengaku melahirkan anak dan membuangnya di dalam tong sampah."

“Polis yang menerima maklumat itu menjalankan siasatan sebelum dia mengaku membuang bayinya yang dikerat enam dipercayai menggunakan senjata tajam ke dalam lubang tandas," katanya.

Abd Rahim berkata, anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan menemui beberapa tubuh bayi yang dikerat di dalam tangkis najis dan ada beberapa bahagian tubuh yang masih belum dijumpai.

hmetro.com.my

Pada petang Rabu, dua lagi bahagian tangan dan kaki kanan bayi ditemui pada jam 3.30 menjadikan jumlah keseluruhan sebenar lapan bahagian

Bahagian belakang rumah di mana berlakunya kejadian.

Image via www.hmetro.com.my

Bahagian tangan dan kaki itu sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tindakan selanjutnya.

“€œSelepas pemeriksaan mayat bayi itu oleh doktor patologi, kita akan menyemak ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bayi itu dengan suspek. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," jelas Abd Rahim.

hmetro.com.my

Wanita itu ditahan dan kini menerima rawatan juga di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Banyak lagi kes berkenaan pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak telah dilaporkan sebelum ini:

You may be interested in: