seismik

#Belanjawan2020: Harga Tol Turun 30% Dan 21 Lagi 'Highlight' Penting Rakyat Perlu Tahu

Tema untuk tahun ini adalah “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”.

Cover image via MOF Malaysia

Petang tadi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan 2020 yang merangkumi 4 teras utama

Tema untuk tahun ini adalah “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”.

Empat teras menunjangi #Belanjawan2020:

  1. Memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital.
  2. Pelaburan ke atas rakyat tingkatkan keupayaan modal insan.
  3. Wujudkan masyarakat bersatu, bersatu, inklusif, saksama.
  4. Pulihkan institusi dan kewangan awam.

Berikut adalah rangkuman penuh dalam 22 poin penting:

1. Subsidi petrol bersasar

Kenderaan yang layak untuk subsidi ini adalah seperti berikut:

• Kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah;

• Kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun;

• Motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah;

• Motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih 7 tahun.

Kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar ini.

Bermula Januari 2020, PSP akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan seperti berikut:

Pertama: Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Subsidi ini akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020

Kedua: Bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020

2. Tol

Image via lcct.com.my

Selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan, rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.

Jemaah Menteri juga telah meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART).

Pengenalan caj kesesakan di mana caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.

Image via iMoney
Image via iMoney

3. Internet jalur lebar

Image via wordpress.com

SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit untuk meningkatkan kesalinghubungan di kawasan pedalaman Malaysia, terutamanya Sabah dan Sarawak.

Peruntukan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.

Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia.

4. Pembangunan digital

Kerajaan akan memperkenalkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta.

Selain itu, kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan untuk menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital dan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital.

Di samping itu, sebanyak RM10 juta akan disediakan kepada MDEC untuk melatih
usahawan mikro-digital dan pakar teknologi
bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.

5. e-Dompet

Kerajaan menawarkan rangsangan digital secara one-off bernilai RM30 kepada semua  rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu.

Bajet RM450 juta kepada Khazanah Nasional untuk melaksanakan insentif ini akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Image via iMoney

6. Peluang pekerjaan

Image via astroawani.com

Kerajaan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

#GraduanKerja: Insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan.

#WanitaKerja: insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300. Pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023

#WatanKerja: warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

#PerantisKerja: insentif Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET.

7. TASKA di pejabat kerajaan

Image via bharian.com.my

Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah.

Sebagai tambahan, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke TASKA dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) berdaftar, pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar akan dinaikkan daripada RM1 ribu kepada RM2 ribu.

8. Skim Rumah Mampu Milik

Image via bharian.com.my

Bagi membantu mereka yang tidak mampu membayar deposit 10 peratus dan sukar mendapatkan akses pembiayaan pembelian rumah, Kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent To Own - RTO).

Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu. Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.

Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600 ribu pada tahun 2020 untuk pemilikan asing.

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk membaik pulih perumahan awam bagi memastikan perkhidmatan lif, pendawaian elektrik, paip pembetungan dan bumbung adalah selamat dan berada dalam keadaan baik.

9. Pendidikan

Image via gpsbestari.com

Kerajaan akan menambah peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah kepada RM735 juta pada tahun 2020 seperti berikut:

• Sekolah Kebangsaan RM300 juta

• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM50 juta

• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) RM50 juta

• Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta

• Maktab Rendah Sains MARA RM50 juta

• Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta

• Sekolah Mubaligh RM50 juta

• Sekolah Tahfiz RM50 juta

• Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian RM25 juta

• Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta

• Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM20 juta

• Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Dana RM783 juta untuk membaik pulih sekolah daif, RM23 juta untuk kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), dan RM12 juta untuk jumlah bantuan bayaran utiliti tambahan.

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah MARA, dan sebanyak RM2 bilion bagi membiayai pinjaman untuk 50 ribu pelajar. 

10. Perubatan dan kesihatan

RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. Termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

Sebanyak RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters. Klinik baharu akan dibina di Setiu, Sungai Petani dan Cameron Highlands serta Kudat dan Tawau di Sabah, dan Long San dan Sungai Simunjan di Sarawak.

RM227 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan perubatan, manakala RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian.

Peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO.

RM5 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli.

11. Penjawat awam

Image via blogspot.com

Kerajaan akan menambah baik saraan penjawat awam, antaranya:

Pertama: Menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.

Kedua: Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

Ketiga: Menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta bagi tahun 2020.

Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.  



12. Pembiayaan sukan

Image via bharian.com.my

RM299 juta untuk pelaksanan Program Sukan Untuk Semua termasuk memulih dan menaik taraf kemudahan sukan, termasuk Kompleks Belia dan Sukan dan Kompleks Sukan Komuniti seluruh negara.

RM179 juta akan diperuntukkan untuk persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik.

RM45 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara berbanding dengan RM15 juta pada Belanjawan 2019.

13. Keusahawanan

Image via hmetro.com.my

Geran sebanyak RM445 juta akan diberikan dari segi akses kepada pembiayaan, penyediaan premis perniagaan dan latihan keusahawanan buat usahawan bumiputera.

Kemudahan jaminanan RM500 juta khusus untuk usahawan wanita melalui SJPP.

SME Bank akan memperkenalkan dua dana baharu:
1. RM200 juta khusus untuk usahawan wanita.
2. RM300 juta untuk menyokong PKS dengan potensi menjadi jaguh serantau.

RM10 juta untuk memberi tumpuan kepada khidmat nasihat dan kesedaran industri halal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

RM100 juta skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil komuniti cina dan RM20 Juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

14. FELDA

Image via malaymail.com

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM810 juta khususnya untuk kebajikan masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), seperti berikut:

Pertama: RM250 juta untuk program bagi meningkatkan pendapatan 11,600 orang peneroka;

Kedua: RM300 juta untuk hapus kira faedah pinjaman peneroka;

Ketiga: RM100 juta bagi bekalan air FELDA;

Keempat: RM70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka FELDA; dan

Kelima: RM90 juta untuk menaik taraf jalan dan infrastruktur asas di kawasan FELDA.

Kerajaan juga menyediakan RM738 juta untuk RISDA dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) untuk melaksanakan pelbagai program penjanaan pendapatan yang akan memberi manfaat kepada lebih 300 ribu pekebun kecil RISDA dan 100 ribu peserta FELCRA.

15. mySalam dan PeKa B40

MySalam merupakan skim perlindungan kesihatan takaful percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk 4.3 juta individu sekiranya menghidapi penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital.

Bagi mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal, mereka akan menerima bayaran tunai sebanyak RM8 ribu.

Manakala, bagi mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan, boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Semua penerima isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur antara 18 hingga 55 tahun dilindungi secara automatik.

16. Transportasi dan pengangkutan awam

Image via hmetro.com.my

Kerajaan berhasrat menyediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara.

Untuk kemudahan penduduk luar bandar pula, Kerajaan akan terus menyokong sambungan last-mile di kawasan luar bandar dan bandar dengan memberi subsidi kepada pengusaha bas dengan peruntukan sebanyak RM146 juta pada tahun 2020.

Kerajaan juga bercadang untuk menaik taraf lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh termasuk memanjangkan landasan.

Kerajaan akan melabur sebanyak RM85 juta bermula tahun 2020 untuk melancarkan aliran trafik kenderaan khususnya yang melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

17. Sabah dan Sarawak

Image via klxpress.com.my

Sejak tahun 1969, kadar Pemberian Khas untuk Sabah dan Sarawak belum pernah disemak semula.

Buat pertama kalinya, Kerajaan Pakatan Harapan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak.

Kerajaan akan menggandakan lagi kadar pemberian khas sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

Dana RM470 juta bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih, RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, dan RM550 juta untuk membina jalan luar bandar.

18. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

Dana RM83 juta disediakan bagi pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur masyarakat Orang Asli.

Image via iMoney

19. Agenda bumiputera

Image via nst.com.my

RM6.6 bilion diperuntukkan kepada institusi Bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti MARA, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan Peneraju.

RM1 bilion bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui SJPP dan SME Bank.

RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan TERAJU.



20. Hal Ehwal Islam

Image via tanwir.my

Elaun ditingkatkan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kepada RM100 sebulan untuk 33,200 guru KAFA.

Bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir.

Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

21. Tahun Melawat Malaysia 2020

Sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kerajaan akan menyumbang kepada pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, dana RM5 juta kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) untuk menyokong galeri seni visual dan penganjur pameran seni.

Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di ASEAN untuk onkologi, kardiologi dan rawatan kesuburan.

22. Gaji minima

Dinaikkan kepada RM1,200 untuk tahun 2020 berbanding RM1,100 pada tahun lalu.

Image via iMoney

Teks penuh ucapan Belanjawan 2020 boleh didapatkan di sini.

Jom kita imbas kembali Belanjawan 2019 tahun lepas:

Leave a comment