seismik

#Belanjawan2019: Rangkuman Penuh Dalam 21 Poin Penting Yang Anda Perlu Tahu

Semuanya ada di sini!

Cover image via Astro Awani | SEISMIK

Belanjawan 2019 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini, 2 November 2018

Tema yang dibawa pada Belanjawan 2019 ini adalah Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera yang menumpukan kepada 3 Fokus dengan 12 strategi utama bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

Pertama: Melaksanakan Reformasi Institusi
Kedua: Memastikan Kesejahteraan Rakyat
Ketiga: Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

Berikut adalah rangkuman penuh #Belanjawan2019:

1. Pembatalan dan penangguhan projek

Image via SEISMIK
  • Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

  • Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

  • Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

2. SST

Image via bharian.com.my
  • Di bawah GST, bagi barangan, hanya 545 item telah dikenakan pada kadar sifar manakala di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item dikecualikan daripada Cukai Jualan.

  • Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 70% atau 291 daripada 417 barang dan perkhidmatan yang telah diperiksa, didapati terdapat penurunan harga pada September 2018

  • Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

  • Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan. 

  • Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

  • Setelah berjaya melancarkan sistem SST, Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok.

3. Industri perjudian dan kasino

  • Lesen kasino akan dinaikkan dari RM120 juta ke RM150 juta setiap tahun; duti casino akan dinaikkan kepada 35% ke atas pendapatan kasar.

  • Lesen mesin dealer akan dinaikkan dari RM10,000 to RM50,000 setiap tahun ,duti mesin judi akan dinaikkan daripada 20% ke 30% ke atas kutipan kasar.

4. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Image via SEISMIK

Dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion.

5. Subsidi minyak RON95

Image via SEISMIK

6. Gaji minimum dan galakan untuk pesara

Image via SEISMIK

Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit.

7. Perubatan dan kesihatan

Image via iluminasi.com
  • Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.

  • Memperkenal Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang. Peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan.

  • Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta

  • Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).

  • Memperluas program usahasama awam-swasta di mana Kerajaan menyediakan kemudahan infrastrukur kesihatan. Contoh kerjasama ini termasuk Pusat Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Selayang.

8. Pertahanan negara

Image via iluminasi.com
  • Mempertingkatkan keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

  • Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.

9. Perumahan

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.

10. Pengangkutan awam

Image via SEISMIK

Maklumat lanjut baca sini.

11. Pendidikan

  • Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.

  • Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

  • Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.

Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;
Sekolah Mubaligh – RM50 juta;
Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta;
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

  • Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

  • Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menggalakkan institusi latihan bersaing untuk menawarkan program latihan yang lebih kompetitif dan memenuhi keperluan industri.

  • Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.

12. Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Image via erabaru.com.my
  • Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

  • Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.

  • Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

13. PTPTN

Image via cloudinary.com
  • Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

  • Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019.

  • Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000

  • Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

  • Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.

Maklumat lanjut baca sini.

14. Sukan

Image via wp.com
  • RM100 juta diperuntukan sebagai persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan harapan membawa pulang pingat emas pertama negara. 

  • RM10 juta untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

15. Kemajuan Islam

Image via muis.org.my
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas. 

  • Sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.

  • Melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan apabila menerbitkan sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah.

  • Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Kewangan Islam yang diketuai Kementerian Kewangan dan dianggotai BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

16. Jalur lebar

Image via says.com
  • Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion.

  • Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pada hujung tahun 2018.

17. Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Image via hmetro.com.my
  • Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera;

  • Memperuntukkan RM100 juta bagi menambahbaik keupayaan industri PKS dalam industri halal.

  • Menyediakan Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM1 bilion disediakan oleh institusi kewangan Islam dengan Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak 2%.

  • Permodalan Usahawan Nasional Berhad juga akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera.

  • RM100 juta akan diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil.

  • RM20 juta untuk pelancaran kempen "Beli Barangan Malaysia" untuk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.

18. Pelancongan

Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.

RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

  • Geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan angka ketibaan pelancong.

  • Kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran.

  • Kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut

  • Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan lagi.

  • Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan perkongsian 50% hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima di negeri berkenaan.

  • Khazanah akan menerajui projek kerjasama awam swasta bagi program pemuliharaan dan pembugaran Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.

  • Projek penjanaan semula bandar ini akan diusahakan bersama dengan syarikat warisan tempatan, ThinkCity, dan sebuah pertubuhan antarabangsa yang diiktiraf oleh UNESCO.

  • RM20 juta kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) untuk menjalinkan usahasama dengan hospital swasta yang terkemuka bagi menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

19. Infrastruktur

Image via tirto.id
  • Membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dengan peruntukan RM926 juta.

  • Meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dengan peruntukan RM694 juta dan RM738 juta masing-masing.

  • Memperuntukkan RM85 juta untuk kampung baharu bagi tujuan menaiktaraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.

  • Memperuntukkan RM100 juta untuk menyokong komuniti India, termasuk latihan teknikal dan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerjaya belia India.

  • Memperuntukkan RM100 juta untuk memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli.

  • Memperuntukkan RM20 juta untuk persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

20. Pembangunan mampan

  • Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan berjumlah RM1 bilion bertujuan menyokong Agenda 2030 pembangunan mampan serta 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah UNDP.

  • Peruntukan berjumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion peruntukan pada tahun 2018.

  • RM259.8 bilion adalah bagi Perbelanjaan Mengurus, dan RM54.7 bilion lagi adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan; tidak termasuk Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2 bilion.

  • Di bawah Peruntukan Pembangunan, Sektor Ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga dan kemudahan awam dan pertanian.

  • Sektor Sosial akan menerima sejumlah RM15.2 bilion. Manakala, Sektor Keselamatan diperuntukkan RM7.1 bilion, dan Sektor Pentadbiran Am sebanyak RM3.2 bilion.

  • Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi kos.

21. Penjawat awam

Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini melibatkan kos RM1 bilion.

Apa pendapat anda tentang Belanjawan 2019? Kongsikan pendapat anda di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi tentang #Belanjawan2019:

Leave a comment