seismik

#Belanjawan2019: Peminjam PTPTN Gaji Atas RM1,000 Perlu Bayar Hutang Melalui Potongan Gaji

Pelepasan cukai akan diberikan kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Cover image via Twitter Berita Harian

Bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas ini harus meneruskan pembayaran balik dengan cara mudah, menerusi potongan gaji berjadual

Image via Ismaweb

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang diadakan pada pukul 4 petang tadi, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan cara pemotongan gaji itu adalah bagi peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

"Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus dari pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan," katanya.

Image via MalaysiaKini

Selain itu, Lim Guan Eng berkata, pelepasan cukai akan diberikan kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi janji manifestonya bersetuju bagi peminjam PTPTN yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000 untuk menangguhkan pembayaran semula pinjaman

Namun begitu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan pada 28 Oktober lalu dilaporkan berkata, para peminjam perlu melangsaikan pinjaman PTPTN mengikut peraturan dan prosedur sedia ada.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Image via Kosmo

Beliau berkata peminjam yang bergaji kurang dari RM4,000 sebulan juga perlu melunaskan pinjaman itu tanpa ada sebarang pengecualian mengikut kaedah dan jumlah yang mereka bayar sebelum ini seperti biasa.

Hal ini diperkatakan bagi mengulas mengenai rungutan dalam kalangan peminjam yang telah menerima notis pemberitahuan pembayaran balik pinjaman PTPTN meskipun ada dalam kalangan mereka bergaji bulanan kurang RM4,000.

Layari Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK untuk update terkini!

Image via SAYS Seismik

Lagi tentang #Belanjawan2019:

You may be interested in: