seismik

#Belanjawan2019: Kadar Tol Kekal & Kerajaan Perkenal Pas Bulanan RM100 'Unlimited Rides'

Jimat!

Cover image via myrapid.com.my

Menerusi pembentangan #Belanjawan2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan beberapa berita baik dalam sektor pengangkutan

Image via ytimg.com

Mulai Januari 2019, kerajaan memperkenal pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL. Kerajaan memperuntukkan RM240 juta bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat.

Selain itu, Tabung Pengangkutan Awam juga diwujudkan dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam.

Dalam pada itu, kadar tol juga akan dikekalkan sepanjang tahun 2019

Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.

Di samping itu, tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor juga dimansuhkan dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun.

Layari Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK untuk update terkini!

Image via SAYS SEISMIK

Lagi tentang #Belanjawan2019:

You may be interested in: