seismik

"Beri Limau Ketika Musim Perayaan Boleh Dikira Sebagai Bentuk Rasuah"

Hanya jika pemberinya berniat untuk mendapatkan sesuatu.

Cover image via SAYS via smpkv shah alam

Baru-baru ini, Pengarah SPRM Kedah, Mohd Fauzi Mohamad menjelaskan bahawa sumbangan makanan seperti buah limau boleh dikategorikan sebagai satu bentuk rasuah

Beliau berkata, pemberian dengan mengharapkan adanya balasan ialah satu bentuk jenayah. Walau bagaimanapun pemberian seumpama itu bergantung kepada niat pemberi dan sukar untuk membuktikan sesuatu niat itu baik atau jahat.

"Semasa beri angpau, limau, atau hamper dengan berniat dapatkan sesuatu atau merasuah, itu merupakan rasuah," katanya

"Tetapi ketika dia beri dengan niat nak beri makan, saya rasa tidak adil kita nak kata itu rasuah. Bergantung kepada niat pemberi rasuah, namun jika ikut undang-undang ia rasuah," katanya lagi.

Manakala di media sosial, netizen mempunyai pandangan yang berlainan mengenai isu berkenaan

Apa pendapat anda pula? Rasuah ke bila hadiahkan limau?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Macam mana nak kekalkan kesegaran limau sepanjang Chinese New Year ini? Baca di bawah:

Baca perkongsian berguna ini untuk merawat breakout!