seismik

Berita Baik! BR1M Naik Lagi Untuk Tahun 2015. Tapi Berapa Banyak?

Berita baik bagi semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Cover image via thestar.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mengumumkan Kenaikan Pemberian BR1M Sebanyak RM300 Ketika Berucap Dalam Majlis Penerangan Perdana GST Di PWTC Pada Rabu, 10 September 2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M untuk tahun 2015.

bnbbc.my

Beliau mengumumkannya di Majlis Penerangan Perdana Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di PWTC pada Rabu, 10 September 2014.

bnbbc.my

Maklumat Lanjut BR1M 2015 Boleh Didapatkan Di Bawah:

Image via bnbbc.my
1. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650. bnbbc.my
2. Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. bnbbc.my
3. BR1M 2015 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. bnbbc.my

Dalam Masa Yang Sama, Najib Turut Meyakinkan Rakyat Mengenai Kepentingan Pelaksanaan Cukai GST Yang Dikatakan Dapat Memastikan Ekonomi Negara Menjadi Lebih Kukuh Dan Berdaya Saing

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah untuk masa depan rakyat serta negara.

utusan.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan sistem percukaian baharu itu bukan sahaja lebih adil kepada pembayar cukai bahkan dapat memastikan ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan berdaya saing.

utusan.com.my

Beliau Yang Juga Menteri Kewangan Berkata Kerajaan Tidak Akan Mengambil Keputusan Untuk Melaksanakan GST Jika Semata-Mata Membebankan Rakyat Kerana Kerajaan Hari Ini Dibentuk Atas Sokongan Rakyat

"Tidak mengapa kata GST tidak popular, tetapi selepas ekonomi lebih kukuh, rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan. Kita akan buktikan kita terus membawa rakyat dan negara ke arah yang lebih maju lagi."

themalaysianinsider.com

"Yakinlah, saya tidak akan susahkan rakyat Malaysia. Sebagai ketua kerajaan, pengerusi BN, saya tidak akan susahkan rakyat kerana kerajaan ini berdiri atas sokongan rakyat," katanya, dan menambah, keputusan itu diambil disebabkan GST merupakan pilihan yang terbaik untuk kerajaan.

themalaysianinsider.com

Menurut Beliau Lagi, Kali Pertama GST Diusulkan Adalah Pada Tahun 1992 Oleh Menteri Kewangan Pada Waktu Itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi, Kenapa Pihak Pembangkang Berkata GST Tidak Baik?

“Saya ingin menyatakan setelah perjalanan 30 tahun lamanya, kerajaan yakin dan percaya GST baik untuk rakyat dan negara ketika ini."

informasi.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan ketika Perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei 2014.

Image via blogspot.com

“Saya bukan menteri kewangan pertama yang menyebut tentang GST, menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim."

informasi.my

“Pada 30 Oktober 1992, Anwar ketika itu menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan, tetapi Anwar buat ‘u-turn’. GST sejak itu lagi dalam perancangan kerajaan. Kalau GST tidak baik, masakan Anwar dalam kerajaan ketika itu sanggup umum GST akan dilaksanakan," kata Najib lagi.

informasi.my

Saksikan Video Penerangan Penuh Perdana Menteri DI SINI:

Bagi Yang Masih Tidak Faham Mengenai GST Boleh Dapatkan Maklumat DI SINI:

Pihak Pembangkang Giat Mengadakan Kempen Demi Kempen Bagi Membantah Perlaksanaan GST Oleh Kerajaan

You may be interested in: