"Betapa Pentingnya 'Me Time' Untuk Isteri. Suami Jangan Tutup Rapat Mata Dan Telinga"
Bukan suami je yang ada hobi.
Isteri bahagia = Keluarga bahagia
Inilah formula rumah tangga yang paling lazim kita dengar dalam memastikan kebahagiaan hidup berkeluarga.
Kaum ibu atau isteri adalah satu ciptaan Tuhan yang sangat hebat. Isteri mampu menjaga kebajikan suami dan anak-anak, dan dalam masa yang sama mempunyai karier di pejabat serta mampu menggalas tugas sebagai suri rumah.
Sungguh mulia kedudukan seorang ibu dalam keluarga. Belum tentu tugas-tugas berat ini mampu digalas oleh seorang lelaki bergelar suami atau ayah.
Sebab itulah, isteri perlu mempunyai 'me time' yang berkualiti untuk melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka
Suami perlu ingat tentang pengorbanan isteri yang telah sekian lama mencurah bakti dan keringat terhadap keluarga.
Seorang pengguna Facebook, Akhtar Syamir menceritakan bagaimana dia memberi kebebasan kepada isterinya untuk keluar bersama kenalan dan kawan-kawan tanpa banyak soal. Bagi Akhtar, ini adalah satu peluang untuk dia memberikan 'me time' kepada isterinya yang telah banyak berkorban.
Baca status penuh Akhtar di bawah:
"ME TIME"
"Sayang, boleh tak arinie sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak - anak sayang bawak sekali, Ana pun bawak Aiman."
Belum sempat dia sambung, saya dah cakap "Boleh sayangku, jaga diri baik - baik, jaga anak - anak."
Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tau, balik pukul berapa pun tak tau. Tapi main bagi je.
Kerana saya nampak nie sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak "ME TIME" yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak - anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar - ipar Isteri saya tu.
Apa sebenarnya "ME TIME" nie ye?
"ME TIME" ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawak anak ke tak nak. Pilihan terletak di tangan Isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan jugak. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?
Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana Isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa - apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita je yang tak tau sebab Isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.
Senario seperti, suri rumah atau Isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi - hobi yang lain sambil meninggalkan Isteri di rumah setia menanti cinta hatinya pulang dari "ME TIME" mereka.
Soalan seperti "Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak" bakal disangkal dengan perkataan "awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa"?
Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya "ME TIME" buat Isteri.
Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang Isteri kita buat SETIAP HARI.
Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. Kita kadang - kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja - kerja tu. Ambil contoh basuh berak anak je. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan je. Sedangkan kalau Isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.
Salah satu komponen dalam "ME TIME" ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat jugak menjadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat jugak. Mungkin ada yang kata "saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je". Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.
Komponen lain dalam "ME TIME" ialah bersosial. Bila dengar perkataan nie saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang tu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana Isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda nie. Bayangkan hari - hari mengadap muka kita dan anak - anak je. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan - kawan. Janganlah pandang negatif perkara nie kerana ia amat memberi manfaat kepada Isteri kita.
Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain - lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia jugak kan?
Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama nie tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego tu jauh - jauh. Kita bukan sentiasanya betul. Termasuklah saya sendiri.
Berilah "ME TIME" kepada Isteri anda. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam - jam mereka window shopping? Belum tentu kan?
Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan ;
Isteri yang Happy = Keluarga yang happy.
Dan konsep "Kebebasan yang Terkawal" perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang - layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.
Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila - bila.
Sumber: Akhtar Syamir