5 Kepincangan Gambar Viral Anjing Kencing Di TESCO. Adakah Ia Tulen Atau Diedit?
Jangan terlalu cepat menuding jari. Jom kita siasat dulu perkara sebenar yang mungkin boleh dibahaskan.
Sejak semalam, kita dihebahkan dengan kes dua orang wanita membawa seekor anjing peliharaan ke dalam sebuah pasar raya TESCO extra di Plentong.
Lebih teruk, anjing itu diletakkan dalam troli pengguna dan kemudian dirakam kencing sehingga mengotorkan troli dan lantai.
Tindakan dua wanita membawa seekor anjing menggunakan troli di sebuah pasar raya di Plentong, Masai bukan sahaja menyalahi peraturan, malah dianggap tidak peka terutamanya bagi pengguna yang beragama Islam.
Lebih menjijikkan, anjing tersebut dilaporkan kencing sehingga mengotorkan troli dan lantai pasar raya berkenaan.
Gambar kedua-dua wanita bersama anjing berkenaan yang dirakam seorang pelanggan pasar raya itu kemudian menjadi viral dalam Facebook dan mendapat kecaman daripada ramai pengguna laman media sosial berkenaan.
Isu ini mendapat perhatian netizen sekelip mata setelah menjadi viral di laman sosial.
Dan seperti yang dijangka, ramai bertindak mencemuh perbuatan dua wanita terbabit yang dianggap biadab dan tidak sensitif.
Lebih menarik, rata-rata orang Cina turut mengutuk perbuatan 'tidak berakal' itu. Masing-masing menganggap perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.
Disebabkan itu, pihak TESCO tak semena-mena perlu menyamak dan melakukan sertu ke atas lebih kurang 500 troli dalam pasar raya berkenaan dengan bantuan AJK Masjid Plentong semalam bagi memastikan semua troli bersih dan suci untuk digunakan
Tesco Malaysia terpaksa memanggil Ahli Jawantankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Plentong Baru semalam untuk menyamak lebih kurang 500 buah troli selepas dua orang pengunjungnya bertindak biadab membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya Tesco Extra Plentong kelmarin.
kosmo.com.myBilal Masjid Jamek Kampung Plentong Baru, Omar Abd. Jalil berkata, dia yang mengetuai proses pembersihan troli berkenaan dihubungi oleh salah seorang pekerja Tesco tersebut sebelum dia ke pasar raya itu bersama dua lagi AJK masjid.
kosmo.com.my“Saya dan dua lagi AJK masjid bergegas ke Tesco berkenaan bagi membantu melakukan proses pembersihan dengan menggunakan kaedah samak atau sertu iaitu menggunakan pembersihan menggunakan air yang bercampur tanah sebanyak satu kali dan tujuh air mutlak (air bersih) ke atas 500 troli yang ada di pasar raya itu."
kosmo.com.my“Kita lakukan pembersihan ke atas semua troli sebab pihak pasar raya tidak tahu mana satu troli yang digunakan wanita berkenaan dan kita mengambil masa lebih dua jam menyamak dengan kerjasama kakitangan Tesco,” kata Omar.
kosmo.com.myTapi...not so fast people!
Ada benda menarik yang ingin kami kongsikan kepada anda semua. Sebelum itu, apa kata kita bertenang dulu.
Seorang netizen, Melissa Jane membuat analisis ke atas gambar tersebut dan telah menemui beberapa kepincangan yang boleh diperdebatkan
Pertama: Orang sekeliling langsung tak pandang dan tak nampak kelibat anjing di dalam troli tersebut. Logikkah?
Kedua: Kedua-dua wanita berkenaan pun dilihat seperti tak beri perhatian langsung kepada anjing itu walaupun ia telah kencing dan melompat ke luar troli. Takkan tak perasan?
Ketiga: Macam mana air kencing anjing di atas lantai itu boleh terkumpul di satu tempat dan tidak bersepah sedangkan ia dikatakan kencing semasa berada di dalam troli?
Keempat: Melissa mendakwa bahawa gambar ini telah diedit menggunakan mod liquify atau blending tool yang terdapat dalam aplikasi 'Photoshop'.
Kelima: Paling jelas dan paling obvious, kenapa anjing itu tiada bayang-bayang? Cuba anda lihat semula gambar ini secara penuh, hanya bayang-bayang troli sahaja yang kelihatan. Adakah anjing ini hantu?
Apa-apa pun, Melissa menjelaskan keterangan yang dibuat beliau itu hanyalah bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, kami rasa analisis ini layak diberi perhatian lebih oleh netizen.
Mungkin dua orang wanita berkenaan tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sama juga macam kes sebelum ini, pakcik berbaju kuning yang membakar bendera Malaysia ini dikatakan peserta Bersih 4. Tapi sebenarnya tidak. CERITA PENUH: