seismik

Bront Palarae Gesa Peminat Derma Dana Bagi Filem ‘Dawn Raid’, Kisah Benar Melibatkan Tun M

Filem ini bakal memaparkan Tun Mahathir, Khalid Ibrahim dan Ismail Ali pada era 80-an.

Cover image via SAYS

Pelakon dan pengarah, Bront Palarae telah memulakan kempen bagi mengumpul dana berjumlah RM2 juta untuk membiayai filem kisah benar negara arahannya berjudul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen

Image via PitchIn

Bront yang juga pemilik studio produksi, Pixel Play, berkata kepada Astro Awani bahawa usaha yang dilakukan ini adalah sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.

Image via Screen Daily

“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar.

“Kempen mencari dana ini di pitchIN ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan. Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,” jelas Bront.

Kempen ini diadakan dalam masa sebulan iaitu bermula pada 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai dan kerja-kerja pra-produksi akan bermula pada 1 September 2018

Image via PitchIn

Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM7,000 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa sebulan lebih ini.

Bagi mereka yang ingin membantu, anda boleh melayari laman web rasmi pitchIN iaitu www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen.

Image via PitchIn

Derma boleh dilakukan dalam jumlah RM 5, 10, 20, 35, 50, 100, 200 dan 250 di mana nilai derma berbeza melayakkan penderma menerima barangan edisi khas filem Dawn Raid seperti pelekat kereta, baju-t dan cawan kopi.

Bagi yang memberikan derma pada nilai tertinggi, tiket untuk menonton tayangan perdana pada 31 Ogos 2019 turut diberikan.

Apa Itu “Dawn Raid” atau “Serangan Waktu Subuh”?

Image via Illuminasi

Pada tarikh 7 September 1981 telah berlaku satu peristiwa penting buat negara Malaysia di mana satu serangan terancang telah dilakukan oleh Kuala Lumpur ke atas London Stock Exchange.

“Dawn Raid” atau “serangan waktu subuh” pada era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan kini, Tun Dr.Mahathir Mohamad merupakan satu kejayaan besar buat Malaysia setelah Merdeka.

Image via Illuminasi

Walaupun Malaysia telah lama Merdeka, namun pada ketika itu, ekonomi Malaysia belum lagi merdeka kerana masih dibayangi British disebabkan syarikat perladangan terbesar Guthrie masih menjadi milik British.

Dawn Raid adalah serangan pasaran saham bagi mengambil alih syarikat Guthrie kepunyaan British yang mengambil masa 4 jam sahaja sebelum Malaysia berjaya mendapatkan syarikat Guthrie.

Skrip filem yang dihasilkan oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah ini akan memaparkan kerjasama di antara Tun Mahathir, Ismail Ali, dan Khalid Ibrahim serta Tengku Razaleigh Hamzah

Tun Mahathir, Khalid Ibrahim dan Ismail Ali

Image via Illuminasi

Kerjasama tersebut telah membolehkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memiliki 51% saham di syarikat perindustrian British dalam tempoh runcing 2 jam, sekaligus menjadikan Guthrie milik negara Malaysia.

Filem berbahasa Inggeris ini akan dilakonkan oleh Shaheizy Sam selaku tonggak utama, Sofia Jane, Iedil Putra, dan ramai lagi, dan akan ditayangkan pada September 2019.

Lihat first look filem Dawn Raid di bawah:

Apa lagi? Boleh derma di link di bawah:
Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen

Berdasarkan pandang pertama filem ini, kami yakin ianya pasti akan menjadi satu filem yang mantap!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Leave a comment