Bront Palarae Bakal Berlakon Sebagai Khalid Ibrahim Dalam Filem Baru 'Dawn Raid'

Bront Palarae juga pernah terlibat dalam dunia hiburan di Thailand suatu ketika dulu.

Pelakon dan pengarah, Bront Palarae akan menghasilkan sebuah filem adaptasi kisah benar bertajuk "Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen"

Filem ini menceritakan kisah benar mengenai kejayaan sekumpulan anak muda Malaysia termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ kembali syarikat perladangan terbesar daripada British di Bursa Saham London pada September 1981 dalam tempoh dua jam.

Bront Palarae sebagai watak utama dalam filem 'Dawn Raid'

Image via www.era.fm

Syarikat tersebut adalah syarikat konglomerat Guthrie yang ratusan tahun dikuasai oleh British. Filem tersebut dikatakan masih dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play dan skrip bagi filem itu pula akan dihasilkan oleh pelakon dan penulis skrip Redza Minhat bersama Chew Kin Wah seperti yang dilaporkan www.screendaily.com

Menariknya, watak Khalid Ibrahim akan dilakonkan sendiri oleh Bront Palarae sendiri

Filem yang berlatarbelakangkan pada tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serbuan’ di London Stock Exchange diketuai Khalid Ibrahim yang dikenali Dawn Raid atau ‘serangan waktu subuh’.

freemalaysiatoday.com

Setelah Dawn Raid berjaya diselesaikan di syarikat perindustrian British dalam tempoh dua jam, Khalid Ibrahim menjadi terkenal malah Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula memiliki 51% share sekaligus menjadikan Guthrie milik Malaysia.

Bagi menjayakan filem itu, satu temu ramah telah dibuat oleh Bront Palarae bersama Tan Sri Khalid Ibrahim

Dalam temu ramah itu, Tan Sri Khalid Ibrahim menceritakan bagaimana beliau bersama rakan-rakannya yang lain merampas kembali hak rakyat tersebut.

Katanya, tokoh korporat British terkemuka yang menguasai Guthrie pada waktu itu ditewaskan dalam masa dua jam sahaja melalui satu `serangan’ terancang mereka dan `serangan’ itu kemudiannya dititipkan dalam sejarah korporat antarabangsa.

Sesi temu ramah Bront bersama Tan Sri Khalid Ibrahim

Image via www.freemalaysiatoday.com

Hasrat untuk menjadikan kisah sejarah ini sebagai sebuah filem telah dirangka oleh Bront sendiri sejak tahun lepas dan segala kerja pembikinan akan dimulakan tidak lama lagi.

Rakyat Malaysia waktu itu mengangkat kisah ini sebagai kejayaan mengembalikan hak yang hilang sebelum kisah berkenaan lambat laun semakin dilupakan. Namun, Inggeris pada ketika itu menganggap kejayaan operasi berkenaan sebagai perbuatan ‘nasionalis pintu belakang’.

Untuk pengetahuan semua, Bront Palare adalah seorang yang berketurunan Melayu/Siam dan berasal dari Kedah

Nama penuh beliau adalah Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin dan beliau dilahirkan pada 27 September 1978 di Alor Setar, Kedah. Mungkin ramai tertanya-tanya dari mana datangnya nama Bront Palarae kerana nama sebenar beliau sedikit pun tidak kedengaran seperti itu.

Beliau memberitahu nama pentas tersebut diambil dari nama panggilan 'Bront' dalam kalangan rakan-rakan manakala 'Palarae' pula adalah nama keluarga ibunya yang berasal dari Hat Yai, Thailand.

Bront bersama beberapa pelakon lain di dalam filem 'Anak Halal'

Image via blogspot.com

Baru-baru ini beliau muncul sebagai watak Rahman di dalam filem Ola Bola. Watak Rahman di dalam filem tersebut adalah seorang pengulas radio sukan yang sentiasa bersemangat dalam kerjayanya. Kesungguhan yang berada dalam jiwanya membuatkan dia sentiasa berfikiran positif tidak kira dalam apa jua keadaan.

Image via ASTRO Shaw

Ternyata filem ini telah mendapat sambutan ramai yang mana meraih lebih RM12 juta dalam tempoh 18 hari sahaja!

Untuk makluman anda, beliau memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, dan mula terkenal setelah muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran Astro Prima pada tahun 2005.

Seterusnya dia mula membintangi beberapa buah filem seperti Castello, Man Laksa, Anak Halal, V3: Samseng Jalanan, Belukar, Ombak Rindu, Terbaik dari Langit dan banyak lagi. Bront juga telah dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi watak Brett melalui filem V3: Samseng Jalanan.

Kami doakan semoga usaha murni ini berjaya ditayangkan di layar perak nanti!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment