seismik

Lelaki Ini Disiasat Hasilkan Bunga Api Daripada Helaian Al-Quran. Biar Betul?

Al-Quran adalah Firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Cover image via Harian Metro

Pelik dan mengejutkan apabila sejumlah bunga api yang diperbuat daripada helaian naskhah kitab suci al-Quran kini dilaporkan dijual di wilayah Bangka Belitung

Gambar sekadar hiasan.

Image via islamic-wallpaper-collections.blogspot.my

Perkara tersebut terbongkar selepas ketua Persatuan Wartawan Indonesia Bangka Belitung, Muhammad Fathurrakhman memuat naik gambar mercun berkenaan di laman Facebook.

Muhammad berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai penemuan bunga api berkenaan yang dijual di wilayah itu.

“Sekarang polis belum mendapat maklumat sama ada pihak yang menjual bunga api ini berjaya ditangkap atau tidak,” katanya.

hmetro.com.my

Menurut Fathurrakhman, bunga api tersebut dipercayai dihasilkan di Solo, Indonesia sebelum dijual di wilayah berkenaan

Image via Harian Metro

Beliau turut memuat naik beberapa gambar bunga api yang dibalut dengan helaian kertas dipercayai al-Quran dan tindakan tersebut telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial yang mendesak pihak berkuasa mengesan syarikat yang mengeluarkan bunga api tersebut.

Kejadian itu adalah yang kedua di Indonesia selepas trompet yang diperbuat daripada kertas dikesan menggunakan helaian al-Quran.

hmetro.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak kisah mengejutkan dari negara jiran:

You may be interested in: