Penyanyi Ini Dipatuk Ular Di Atas Pentas, Teruskan Menyanyi Selama 45 Minit Sebelum Mati

Bisa ular membawa padah.

Dangdut merupakan satu genre muzik yang begitu digilai di Indonesia sehingga penyanyi di sana sanggup melakukan pelbagai gimik untuk tampak lebih menonjol daripada yang lain

Berbeza dengan zaman dahulu di mana dangdut hanya lebih kepada muzik rancak, goyang, dan gelek, lambakan penyanyi dangdut zaman kini merevolusikan tarian ini ke satu tahap yang lebih tinggi (dan lebih merbahaya) iaitu dengan menggunakan pelbagai gimik dalam persembahan.

Seperti seorang penyanyi dangdut ini, Irma Bule amat terkenal dengan gimik ular sawa yang dibawanya ke atas pentas semasa membuat persembahan

Irma Bule bersama ularnya.

Image via pojoksatu.id

Bukan seekor ular sahaja. Kadang-kadang Irma membawa sehingga 3 ekor ular sekaligus dalam satu persembahan.

Demi mendapatkan perhatian dan menjadi terkenal, Irma sanggup melakukan aksi merbahaya ini. Bukan mudah untuk menyaksikan seorang penyanyi yang begitu berani beraksi dengan haiwan pembunuh ini.

Walaubagaimanapun, pada Ahad, 3 April 2016 lalu, nasib tidak menyebelahi Irma apabila beliau dilapor telah dipatuk oleh seekor ular 'King Cobra' ketika mengadakan persembahan di Karawang, Jawa Barat

Ahad lalu, sedang Irma membuat persembahan, tiba-tiba beliau membawa keluar seekor ular 'King Cobra' untuk bermain bersamanya ke atas pentas. Dan ular tersebut dikatakan masih berbisa dan gigitannya boleh membawa maut.

Ketika mendendangkan lagu kedua, Irma dikatakan telah memijak ekor ular berkenaan secara tidak sengaja. Kemudian, ular itu bertindak menggigit peha Irma.

Setelah digigit, Irma tidak segera mendapatkan rawatan. Sebaliknya, beliau menggagahkan diri untuk meneruskan persembahan.

Akhirnya, Irma meninggal dunia 45 minit selepas itu.

Menurut sumber, pada mulanya Irma nampak normal dan seperti tidak terkesan langsung dengan gigitan tersebut. Beliau masih mampu meneruskan persembahan seperti biasa.

Namun begitu, kesan gigitan ular mula dirasai selepas 45 minit. Irma jatuh sakit, muntah-muntah, dan tubuhnya rebah dan semakin lama semakin lemah.

Irma segera dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Kini, tarian ular oleh Irma Bule hanya tinggal kenangan:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment