Topping Tak Kedekut, Gerai Viral Ini Hidangkan Bubur Ayam "Lagi Sedap Daripada McD"!
Siap dengan delivery service lagi.
Bolehlah panaskan badan dengan bubur ayam yang semakin viral ni!
Bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, gerai Master Chicken Porridge ni mendapat sambutan dengan bubur ayam bersaiz besar dipenuhi pula dengan topping yang banyak.
Buburnya yang likat dibanjiri dengan ayam cincang, bawang goreng, kicap dan lada sulah, dan semangkuk dijual dengan harga RM5 saja
Untuk yang ingin cuba, bolehlah berkunjung ke gerai popular ni di Seksyen 7 Shah Alam, berhampiran dengan Restoran Al-Rawsha
Selain Shah Alam, Master Chicken Porridge juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Selangor dan Melaka. Dapatkan info lokasi di sini.
Perkhidmatan delivery pun ada disediakan!
Penghantaran disediakan untuk area Shah Alam. Cyberjaya dan Putrajaya coming soon!