seismik

Budak 4 Tahun Ditemui Mati Selepas Ditinggalkan Dalam Kereta Lebih Lapan Jam

Mungkin jika lebih prihatin, kejadian ini dapat dielakkan.

Cover image via thestar.com.my

Pada 20 Ogos 2014, Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia Empat Tahun Ditemui Mati Di Dalam Kenderaan Bapanya Selepas Terperangkap Lebih Lapan Jam. Kejadian Berlaku Di SMK Kuala Nerang, Alor Setar.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang pada Rabu.

astroawani.com

Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang selepas habis waktu bekerja.

bernama.com

Menurut Bapa Saudara Mangsa, Mangsa Sepatutnya Dihantar Ke Tadika Terlebih Dahulu. Namun Begitu, Bapanya Dipercayai Terlupa Berbuat Demikian Dan Tidak Menyedari Mangsa Masih Berada Di Dalam Kereta.

Mayat mangsa, Muhammad Aqil Arfan diangkat oleh seorang ahli keluarga selepas ditemui mati.

Image via bharian.com.my

Bapa saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata Adnan sepatutnya menghantar anaknya itu ke tadika yang terletak kira-kira 150 meter dari tempatnya mengajar terlebih dahulu.

malaysiagazette.com

Bagaimanapun dia dipercayai terlupa berbuat demikian dan tidak menyedari bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu sedang tidur di kerusi penumpang bahagian belakang kereta itu, katanya.

astroawani.com

Difahamkan, Sebelum Bapa Mangsa Ke Tempat Kerja, Dia Akan Menghantar Mangsa Ke Tadika Dahulu Kemudian Menghantar Isterinya Ke SMK Dato Syed Ahmad

"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena kemudian dia akan hantar anaknya dahulu ke tadika, selepas itu dia akan hantar isterinya ke SMK Dato Syed Ahmad dan kemudian dia akan ke SMK Kuala Nerang," katanya.

bernama.com

Tetapi Berlainan Pula Pada Hari Berkenaan. Bapa Mangsa Membuat Keputusan Untuk Menghantar Isterinya Dahulu, Lalu Terus Beredar Ke Tempat Kerja Sehingga Terlupa Untuk Menghantar Mangsa Ke Tadika.

"Tetapi hari ini, dia melalui jalan Naka kemudian menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang, dia mungkin terlupa untuk hantar anaknya ke tadika."

malaysiagazette.com

"Saya memang terkejut apabila Adnan maklumkan hal ini kira-kira pukul 7.30 malam. Saya tidak sangka hal ini akan menimpa keluarga kami," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Rabu.

utusan.com.my

Selepas Menemui Mangsa Tidak Sedarkan Diri Di Dalam Kereta, Bapa Mangsa Bergegas Menghantar Mangsa Ke Hospital Kuala Nerang, Namun Disahkan Telah Meninggal Dunia

Hospital Kuala Nerang, Alor Setar.

Image via blogspot.com

Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

astroawani.com

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah pada sebelah malam untuk bedah siasat.

mstar.com.my

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya Mengesahkan Kejadian Terbabit. Punca Kejadian Masih Belum Dikenal Pasti.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. Beliau berkata punca kejadian masih belum dikenal pasti.

bernama.com

Kes Yang Lebih Kurang Sama Juga Pernah Terjadi Beberapa Kali Sebelum Ini. Baca Salah Satunya DI SINI:

You may be interested in: