seismik

Budak 8 Tahun Buta Mata Kiri Dan Alami Kerosakan Otak Selepas Ditembak Tentera Zionis

Tembakan itu menyebabkan patah tulang dan beri kesan pada bahagian muka serta pendarahan otak.

Cover image via Middle East Eye

Pada November tahun lalu, seorang wartawan jurugambar bebas Palestin telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak tentera Israel

Kejadian dipercayai berlaku ketika tentera Israel cuba untuk meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat. Pada ketika itu, wartawan jurugambar bebas, Amarneh dipercayai sedang menjalankan tugas untuk membuat liputan demonstrasi di lokasi berkenaan.

Dia pada ketika itu turut memakai baju dengan tulisan ‘Press’ yang menunjukkan dirinya sebagai seorang wartawan yang hanya berada di situ untuk membuat liputan.

Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun telah menjadi mangsa kekejaman polis Israel apabila ditembak sehingga mengakibatkan matanya buta sebelah

Click to Reveal
Hide
Image from Middle East Eye
Image via Middle East Eye

Menerusi laporan Middle East Eye, mangsa Malek Issa telah disahkan buta sebelah mata kiri beberapa hari selepas ditembak polis Israel menggunakan peluru keluli bersalut getah.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja selesai membeli sandwich dan melangkah keluar dari sebuah restoran yang terletak di Baitulmaqdis Timur.

Bapa mangsa, Wael Issa berkata, anaknya memang sengaja ditembak oleh anggota polis Israel walaupun ia dinafikan pihak tersebut. Mengukuhkan dakwaannya itu, Wael berkata tembakan yang dilakukan ke atas anaknya ketika itu dibuat dari jarak dekat.

"Ini kerana tembakan tersebut adalah dari jarak dekat," katanya.

Bapa mangsa memaklumkan, akibat daripada kejadian itu Malek turut mengalami patah tulang, dan beri kesan kepada bahagian muka serta pendarahan otak

Selain itu katanya, anaknya juga berisiko mengalami kerosakan di bahagian otak walaupun kini mangsa sudah mula sedarkan diri.

"Malek sudah terjaga tetapi kondisinya sukar. Tembakan itu menyebabkan patah tulang dan beri kesan pada bahagian muka serta pendarahan otak. Dia berisiko mengalami kerosakan otak," katanya lagi.

Wael berkata, anggota pasukan Israel telah datang ke kawasan itu bagi menahan seorang lelaki dan apabila mereka melihat orang ramai mula berkumpul, mereka mula menembak secara rambang.

Pihak polis Israel dalam pada itu mempertahankan anggotanya dengan menyatakan bahawa pegawainya menggunakan langkah kawalan rusuhan semasa operasi di Issawiya

Namun rakaman yang tular di media sosial di tempat kejadian berbeza dengan kenyataan dikeluarkan Israel apabila keadaannya menunjukkan aktiviti biasa dilakukan penduduk sebelum tembakan dilakukan.

Ahli Jawatankuasa Komuniti Issawiya, Mohammed Abu al-Homs berkata, pasukan Israel telah datang di kampung itu setiap hari sejak 10 bulan yang lalu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: