seismik

Gugurnya Seorang Syahid: 7 Perkara Tentang Gadis Paramedik Yang Maut Ditembak Israel

Semoga tenang di sana Razan Ashraf al-Najjar.

Cover image via paltoday.tv

Air mata kesedihan menyelubungi kejiranan Khuzaa Khan Younis di Semenanjung Gaza pada hari Sabtu, 2 Jun 2018

Rakyat Palestin berkabung atas kematian Razan Ashraf al-Najjar, seorang paramedik berusia 21 tahun yang dibunuh oleh peluru tentera Israel.

Razan, yang selama 10 minggu bekerja merawat orang-orang cedera semasa demonstrasi besar-besaran 'Great March of Return', ditembak di dada pada hari Jumaat semasa protes berlangsung.

Razan Ashraf al-Najjar.

Image via paltoday.tv

Bermula 30 Mac, 'Great March of Return' telah diadakan di sepanjang pagar yang memisahkan Gaza dari Israel

Image via TRT World

Protes ini bertujuan menuntut kembali penduduk Palestin ke rumah mereka yang dibuang dari tahun 1948, yang kini berada di Israel.

Pegawai di kementerian kesihatan Gaza berkata 100 orang telah tercedera oleh tentera Israel pada hari Jumaat, termasuk 40 peluru hidup. Empat ahli paramedik turut cedera semasa membantu memberi rawatan berhampiran pagar.

Ribuan rakyat Palestin menghadiri pengebumian Razan pada hari Sabtu, termasuk ramai pekerja perubatan, rakan-rakan, serta rakan sekerjanya

Bapa Razan, Ashraf membawa uniform berlumuran darah yang dipakai oleh Razan ketika dia ditembak

Bapa Razan, Ashraf.

Image via metrotvnews.com

"Bidadari saya meninggalkan tempat ini, dia kini berada di tempat yang lebih baik dan saya akan merinduinya.

"Semoga rohmu tenang di sana anak perempuanku yang cantik," katanya.

Ibu Razan, Sabreen.

Image via Mohammed Asad / Middle East Eye

Sabreen, ibu Razan berkata tentera Israel tahu siapa Razan.

"Mereka (orang Israel) kenal Razan, mereka tahu dia adalah seorang paramedik, dia telah membantu merawat luka sejak 30 Mac," kata Sabreen kepada Middle East Eye, bercakap dengan tangisan di matanya.

"Anak perempuan saya adalah sasaran penembak tepat Israel. Peluru itu ditembak dan dilepaskan terus ke dadanya, itu bukan peluru rawak."

Rakan sekerja Razan, Reda menceritakan detik ketika dia ditembak oleh penembak tepat Israel

Image via wp.com

"Saya berada di sana ketika Razan cedera. Kami cuba mendekati penunjuk perasaan yang terkena gas pemedih mata. Apabila kami semakin dekat dengan pagar, pasukan Israel secara intensif melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup kepada kami," katanya.

"Gas pemedih mata dan asap hitam mula mengisi tempat itu. Ia sangat sukar untuk kami bernafas.

"Tiba-tiba Razan menunjuk ke belakang, dan kemudian dia rebah ke tanah, dan darah merebak ke seragamnya."

Sedikit info tentang Razan Ahsraf al-Najjar:

1. Razan merupakan anak sulung dari enam beradik

2. Razan menjadi ahli paramedik selepas mengambil ijazah dalam bidang kejururawatan umum dan banyak kursus pertolongan cemas

Image via ynetnews.com

"Pekerjaan sebagai paramedik dan pengamal perubatan bukan hanya untuk lelaki, ia juga untuk wanita," kata Razan dalam wawancara bersama New York Times di kem protes Gaza bulan lalu.

3. Razan selalu menyertai misi sukarelawan di hospital, dan bersama NGO dan pertubuhan perubatan bagi menimba kemahiran dan pengalaman

Image via wordpress.com

Sebagai paramedik, Razan tertumpu kepada membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang cedera semasa demonstrasi.

4. Razan tidak pernah takut kepada penembak tepat Israel

Image via amazonaws.com

"Anak perempuan saya akan keluar setiap hari Jumaat antara pukul 7 pagi dan 8 malam. Dia berada di lapangan melakukan kerja, menyembuhkan luka orang yang cedera, dan anak perempuan saya adalah seorang yang berani yang tidak pernah takut kepada penembak tepat Israel," kata ibunya, Sabreen.

"Dia pernah pulang ke rumah dengan darah memenuhi uniformnya. Selalunya, dia akan tinggal di tapak protes sehingga semua orang pulang."

5. Razan pernah menarik perhatian terhadap protes di Israel dan menyampaikan mesej sebagai paramedik

Image via radarbogor.id

"Kami menyaksikan banyak serangan oleh tentera Israel - paramedik dan wartawan turut disasarkan," kata Razan.

"Saya menyeru dunia untuk tengok dan lihat sendiri kenapa tentera Israel mensasarkan kami. Kami tidak melakukan apa-apa. Kami hanya menyelamatkan orang yang cedera dan menyembuhkan luka mereka."

6. Razan sudah bertunang dan bercadang untuk mengumumkan pertunangannya di akhir Ramadan

Image via wp.com

Izzat Shatat, 23, pekerja sukarelawan ambulans berkata beliau dan Razan bersedia untuk mengumumkan pertunangan mereka pada akhir bulan Ramadan.

Beliau berkata beliau bimbang dan meminta Razan supaya tidak pergi ke kawasan pagar sempadan pada Jumaat tetapi dia enggan.

"Dia membantu semua orang. Dia tidak pernah menolak untuk membantu. Dia adalah orang pertama yang berlari kepada sesiapa sahaja sejurus mereka ditembak," katanya sambil menangis.

7. Razan pernah menjadi sukarelawan untuk MyCARE di Malaysia pada 2017

Image via Aqsa Syarif

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata Razan pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.

"Dia membantu menghulurkan bantuan makanan disediakan MyCARE kepada pelarian di Gaza sepanjang bulan Ramadan tahun lalu. Bagaimanapun, tahun ini, dia tidak bertugas sebagai sukarelawan MyCare kerana bertugas sebagai paramedik," katanya.

Lihat video di bawah:

Semoga tenang di sana Razan Ashraf al-Najjar

Sebelum ini, Malaysia gempar dengan berita kematian Imam Fadi:

Lagi berita menarik di SEISMIK!

You may be interested in: