seismik

Budak Darjah 3 Beri Surat Terima Kasih Pada Makcik 'Cleaner' Ini Buat Ramai Tersentuh!

Parenting done right!

Cover image via Twitter @khai_afifah

Ibarat pepatah, 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya', ibu bapa perlu mendidik dan mencorakkan identiti anak-anak sedari mereka masih kecil

Salah satu perkara yang penting untuk ditanamkan dalam diri anak-anak ialah adab. Mengajar adab merupakan tanggung jawab utama ibu bapa yang sepatutnya dibiasakan sejak kecil lagi. 

Image via Google

Paling utama sekali, ibu bapa itu sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik dimata anak-anak mereka yang pasti turut  mempengaruhi kelakuannya. Sekiranya asasnya tidak utuh, anak pun senang terikut-ikut dengan perbuatan ibu bapa yang tidak sepatutnya.

Image via FMT

Bukan itu sahaja, anak-anak perlu mengamalkan adab-adab yang baik bukan hanya kepada ibu bapa, tetapi juga kepada sesiapa saja, termasuklah segala perkara di sekeliling mereka. Walaupun ia tidak berunsur akademik, nilai kesopanan ini adalah tunjang kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @khai_afifah telah berkongsikan gambar sepucuk surat yang diterima oleh ibunya yang bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah

Dalam perkongsiannya, Khairunnisa Afifah meluahkan rasa terharunya pada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang juga merupakan seorang murid di sebuah sekolah kebangsaan jenis cina (SJKC).

Kanak-kanak itu telah mengutus sepucuk surat terima kasih kepada ibu Afifah kerana sentiasa memastikan tandas di sekolahnya bersih. Sebelum ini, kanak-kanak itu turut memberikan ibu Afifah biskut oat crunch menunjukkan penghargaannya.

Tambah Afifah lagi, kanak-kanak itu sebenarnya telah meminta tolong kakaknya yang juga merupakan murid darjah 5 di sekolah itu untuk menuliskan surat tersebut, namun lukisan-lukisan yang terdapat di dalamnya adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan itu sahaja, ekoran viral tweet itu, ramai yang meminta ibu Afifah untuk berkongsikan wajah kanak-kanak pintar.

Bukan hanya Afifah serta ibunya yang terharu dengan surat itu tetapi ternyata ramai netizen turut merasai perasaan yang sama!

Antara komen-komen para netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini tips ajar anak kecil hafal Al-Quran!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: