seismik

Budak Enam Tahun Parah Dicampak Dari Tingkat Dua Sekolah

Bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku di sekolah?

Cover image via Harian Metro

[TERKINI] Budak Enam Tahun Ini Sebenarnya Terjatuh, Bukan Dicampak

Adam Zikri Faizul Khairy, 6, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak.

Image via mstar.com.my

Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya pada Rabu, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan.

mstar.com.my

Sumber Berkata Mangsa Telah Diangkat Dan Diletakkan Di Atas Tembok Koridor Oleh Seorang Pelajar Autisme. Namun Begitu, Mangsa Tidak Seimbang Lalu Terjatuh Dan Tidak Sempat Diselamatkan Oleh Pelajar Autisme Itu.

"Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor."

mstar.com.my

"Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki," kata Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Muhamad Zaki Harun.

mstar.com.my

Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian.

mstar.com.my

Sementara Itu, Bapa Mangsa, Faizul Khairy Zulkifli, 38, Ketika Ditemui Di Hospital Tuanku Jaafar Berkata Anaknya Kini Dalam Keadaan Stabil

Bapa mangsa, Faizul Khairy Zulkifli, 38, berkata, anaknya tidak mengalami komplikasi serius akibat kecederaan dialami dan selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

hmetro.com.my

Faizul Khairi berkata pihaknya tiada dendam dengan murid terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

mstar.com.my

"Adam Zikri sudah boleh bercakap dan ketika sedar dia minta saya milo ais dan vitagen. Dia kini dalam proses penyembuhan. Fokus saya hanya kepada anak saya dan saya sudah buat laporan polis pagi tadi untuk proses tuntutan insurans kelak," katanya.

mstar.com.my

Pada 12 November 2014, Terdapat Satu Kes Dimana Seorang Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun Dicampak Dari Tingkat Dua Bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya Di Senawang

Seorang anak-kanak pra-sekolah parah selepas dicampak dari tingkat dua bangunan sekolah.

Image via Harian Metro

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah dipercayai dicampak dari tingkat dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang pada 12 November 2014.

hmetro.com.my

Kejadian Itu Berlaku Pada Jam 1.30 Tengahari. Mangsa Dipercayai Sedang Mencari Ibunya Apabila Dia Terserempak Dengan Seorang Murid Yang Agresif Yang Bertindak Mencampaknya Ke Bawah.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya yang juga guru di sekolah berkenaan.

hmetro.com.my

Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.

hmetro.com.my

Ibu Mangsa Hanya Mampu Meraung Melihat Anaknya Itu Berada Dalam Keadaan Tidak Bermaya Selepas Dicampak

Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar.

sinarharian.com.my

Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak.

hmetro.com.my

Akibat Daripada Kejadian, Mangsa Mengalami Kecederaan Di Dahi Dan Pangkal Tulang Punggung Serta Patah Tangan Kiri Dan Kaki Kanan

Keadaan mangsa yang kini sedang dirawat.

Image via sinarharian.com.my

Kejadian itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6, mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

sinarharian.com.my

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut. Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.

sinarharian.com.my

Mangsa Segera Dikejarkan Ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Dan Kini Berada Dalam Keadaan Stabil. Punca Kejadian Masih Tidak Diketahui.

Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Image via empowered.org.my

JUGA DI SAYS: [GAMBAR] Bilik Darjah Dibakar Dan Diconteng Di SMK Taman Setiawangsa. Apa Puncanya?

You may be interested in: