seismik

'Melaka, Bukan Malacca!' - Ejaan Nama Bandaraya Bersejarah Diselaras Mulai Sekarang

Melaka dengan KA bukan dengan CCA.

Cover image via SAYS

Maksudnya sama tapi ejaannya tidak

Image via YoungScot

Semalam telah heboh dengan berita mengenai nama negeri Melaka yang diselaraskan ejaan

Image via Bernama/Twitter

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar, ejaan dan sebutan Malacca tidak lagi boleh diguna pakai. Walaupun maksudnya merujuk kepada negeri Melaka dalam penggunaan Bahasa Inggeris, ia tetap dimansuhkan.

Beliau berkata dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan memutuskan bahawa ejaan bagi negeri itu dalam Bahasa Inggeris hendaklah menggunakan ejaan 'Melaka' iaitu sama seperti ejaan dalam Bahasa Malaysia.

Penyelarasan ini bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama 'Melaka' sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan

Image via SGmyTaxi

Justeru itu, pengumuman ini dillakukan untuk menyelaraskan penggunaan ejaan dan sebutan negeri Melaka. Tidak kiralah sama ada pihak terbitan ataupun media itu berasaskan Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris, mereka perlulah menggunakan ejaan 'Melaka' dalam penulisan dan sebutan mereka.

Menurut satu kenyataan, Datuk Seri Naim Abu Bakar juga berharap semua pihak terbitan, akhbar dan media yang terlibat dapat bekerjasama dalam isu ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak tahu lagi fakta menarik tentang negara Malaysia tercinta? BACA SINI:

You may be interested in: