Buku 'Dosa-Dosa Che Det' Dedah Kesalahan Tun M Sebagai Perdana Menteri
Syed Hussien senaraikan kesalahan Tun M ketika bergelar PM dalam buku terbarunya 'Dosa-Dosa Che Det'.
Jika sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi mangsa apabila sebuah buku bertajuk '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' diterbitkan, kini tiba pula giliran Tun Dr Mahathir Mohamad menerima nasib yang sama
Seorang penulis politik veteran negara, Syed Hussein Al-Attas semalam melancarkan buku terbarunya berjudul 'Dosa-Dosa Che Det' yang menyenaraikan kegagalan Tun Mahathir sebagai perdana menteri
"Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal.
"Tiba-tiba sekarang ini dia mengigau. Dah nyanyuk kot," katanya.
Penulis itu juga menyifatkan Tun M sebagai kegagalan terbesar dalam politik Malaysia dan beliau patut berasa malu
"Dia tak boleh mengubah Melayu, dia gagal, dia adalah kegagalan terbesar dalam politik Malaysia, dia sepatutnya kecewa," Syed Hussein berkata.
sinarharian.com.myMenurutnya lagi, orang ramai hari ini banyak bercakap tentang kesalahan Najib dan mereka juga perlu tahu tentang kesalahan-kesalahan Tun M sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun
“Hari ini orang cerita tentang apa yang Najib buat saja. Sekarang kita kena tengok apa yang Mahathir dah buat pula.
“Saya tak berani kata dia (Tun M) berdendam. Dia rasa kalau orang itu boleh rosakkan dia, mengubah nasib dia (dalam politik), dia akan ‘bunuh’ orang itu,” katanya.
Syed Hussien menambah, Mahathir perlu zip mulutnya dan memberi peluang kepada Najib untuk mentadbir negara
"Bagi tahu dia supaya tutup mulut, dia sudah puas bercakap, 22 tahun bagi dia jadi Perdana Menteri, (tapi) apa pun tak boleh buat," Syed Hussien menambah.
Beliau mendakwa, bekas perdana menteri itu sendiri gagal melakukan sebarang perubahan kepada nasib orang Melayu walaupun beliau telah diberikan peluang mentadbir negara selama 22 tahun.
Dalam pada itu, Syed Hussein menegaskan buku yang diterbitkan ini tidak ada kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan hanya menjalankan tugas beliau sebagai penulis
Ditanya sama ada buku itu sebagai tanda sokongan kepada Najib, Syed Hussein memberitahu sebagai penulis,beliau tiada kaitan dengan presiden UMNO itu.
malaysiakini.comApa kata orang ramai? Pelancaran buku ini nampaknya tidak mendapat reaksi positif. Menerusi ruangan komen, rata-rata mempertikai siapa beliau untuk menghitung dosa seseorang
Malah ada yang menuntut untuk sebuah buku bertajuk 'Dosa-Dosa Najib Dan Rosmah’ diterbitkan. Agaknya mana yang lagi hangat di pasaran?