seismik

Anda Sanggup Tak Makan Burger Warna-Warni Dari Danne Burger Ini?

Bak kata pepatah Nike, 'Take It To The Next Level.'

Cover image via Instagram @danne_burger

AMARAN: Gambar-gambar dalam artikel ini mampu membuat anda lapar dan mengidam makan burger.

Image via timeout.com

Bercakap mengenai burger, kami yakin ramai yang dah penah try Burger Bakar yang trending sejak beberapa tahun ni kan? Tak kisahlah dari mana-mana kedai sekalipun, anda mesti pernah cuba sekali.

Acano nak makan ni?

Image via www.eatbah.com

Dan saban hari, Burger Bakar semakin lama semakin mendapat sentuhan unik. Masing-masing mahu menjadikannya menarik, rare, sedap, dan pada masa yang sama melambangkan identiti bagi sesetengah peniaga. Contohnya macam ni:

Burger Bakar warna hitam atau 'charcoal'.

Image via saji.my

Masa mula-mula orang perkenalkan Burger Bakar warna hitam macam ni, ia sekelip mata menjadi hangat dan pasti menjadi salah satu menu hot selling. Maklumlah, ia nampak begitu janggal tetapi menarik serta memikat hati penggemar makanan. Walaupun nampak pelik, orang ramai tetap nak cuba kelainan yang ditawarkan.

Tetapi sekarang, say goodbye kepada burger hitam kerana Danne Burger telah memperkenalkan burger terbaru yang sememangnya lain dari yang lain dan bukan berwarna hitam

Roti burger warna merah. Boleh?

Image via Instagram @danne_burger

Macam ni lah reaksi kami masa first time kami tengok gambar Danne Burger tu. Sangat WOW!

Image via wordpress.com

Ok jom kita layan video pendek ni pulak. Mana tahu boleh membangkitkan selera anda yang sedang lapar.

Ya, memang macam-macam warna yang Danne Burger tawarkan kepada pelanggan. Tengok ni, ungu ada, kuning ada...

...biru ada, oren ada, merah ada...

...hitam pun ada! Tapi yang paling power...

...burger 'Incredible Hulk'. Huagghh!

P/S: Nama 'Incredible Hulk' tu sengaja kami reka dan bukan nama sebenar menu burger ini ya. Harap maklum.

Rasanya Hulk pun kalah kalau macam gini gaya punya burger.

Image via Instagram @danne_burger

Nak lagi menarik? Burger warna pink pun ada kalau anda nak. Danne Burger boleh buat khas.

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh mintak burger combine dua warna dan boleh juga order burger berbentuk hati untuk majlis keraian

Kalau anda perasan, sos yang digunakan di Danne Burger ni pun agak rare. Bukan saja cili sos, tapi sos yang berwarna hijau turut digunakan. Bertambah warna-warni!

Lepas dah tengok semua gambar, kami yakin mesti ada yang rasa "eeuww" dan geli untuk makan burger warna-warni ni betul tak?

Kalau ada rasa ragu-ragu untuk try, apa kata baca komen positif dari pelanggan mereka dulu. Siap ada yang cakap "awesome to the max".

Masing-masing beri komen positif. Hebat!

Image via Instagram @danne_burger

Tak sabar nak pekena Danne Burger?

Harap maaf, Danne Burger hanya dibuka di Kuala Belait di Brunei dan belum lagi masuk pasaran Malaysia. Jangan kecewa ya.

Maklumat lanjut boleh layari:
Instagram @danne_burger
Facebook Danne Burger

Tak payah cari jauh-jauh. Kat KL ni pun ada banyak burger yang sedap-sedap belaka:

Tak suka burger tapi suka kopi? Pun tak ada masalah:

You may be interested in: