seismik

Cakar Dan Dera Suami Punca Abby Abadi Diceraikan?

Abby Abadi dikatakan telah mendera bekas suaminya secara mental dan fizikal sepanjang bergelar suami isteri. Biar betul?

Cover image via karangkraf.com

Abby Abadi Sah Diceraikan Oleh Suaminya, Muhammad Noor Farhan Dengan Talak Satu Pada 11 Jun 2014

Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Image via rotikaya.com

Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.

hmetro.com.my

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti dokumen dan mendengar keterangan kedua-dua pihak.

hmetro.com.my

Apakah Punca Perceraian Mereka? Farhan Memberitahu Salah Satu Puncanya Adalah Disebabkan Dirinya Sering Didera Secara Mental Dan Fizikal Oleh Abby

Farhan mendakwa Abby sering menderanya secara mental dan fizikal.

Image via ohbulan.com

Tak cukup dengan berita perceraian mereka, bekas suami Abby Abadi iaitu Noor Farhan pula mendakwa dirinya dicederakan oleh bekas penyanyi kumpulan Elite itu.

ohbulan.com

Bukan setakat cakap-cakap kosong, Farhan turut menunjukkan gambar bukti keadaan tangan dan mukanya yang calar-balar akibat dicakar oleh Abby.

ohbulan.com

Selain Membaling Kunci Motosikal Ke Wajahnya, Farhan Turut Mendakwa Abby Bertindak Agresif Dengan Mencakar Muka Dan Lengan Kirinya

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

mstar.com.my

Farhan turut menunjukkan bukti kesan cakaran dari pergaduhannya dengan Abby.

Image via imgur.com

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

mstar.com.my

“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan.

rotikaya.com

Farhan Juga Menjelaskan Mengenai Isu Kewangan Yang Sering Melanda Abby Sehingga Memaksa Abby Mendesaknya Sehingga Pergaduhan Tercetus

"Saya tidak akan rujuk kembali kerana perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ kata Farhan.

Image via rotikaya.com

“Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.”

rotikaya.com

“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan. Cukuplah, saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya.

mstar.com.my

Walau Bagaimanapun, Abby Abadi Menafikan Perkara Tersebut Sekeras-Kerasnya Melalui Satu Penjelasan Panjang Di Akaun Instagram Miliknya

Penjelasan Abby Abadi di laman instagram miliknya.

Image via ohbulan.com

Abby Abadi Turut Memuat Naik Sebuah Gambar 'Screenshot' Perbualannya Bersama Farhan, Menunjukkan Farhan Tidak Mengaku Menceritakan Dirinya Didera Kepada Media

'Screenshot' perbualan Abby bersama Farhan.

Image via ohbulan.com

Untuk Makluman, Pasangan Ini Sah Bergelar Suami Isteri Pada 9 Julai 2013 Lalu Melalui Perkahwinan Rahsia Di Selatan Thai. Perceraian Ini Juga Merupakan Yang Kedua Buat Abby Abadi.

Sekadar mengimbas kembali, Abby dan Farhan mendirikan rumahtangga secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

ohbulan.com

Abby dan Farhan mendirikan rumahtangga secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu.

Image via myartis.my

Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

hmetro.com.my

Hasil perkahwinannya yang pertama, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5.

ohbulan.com

JUGA DI SAYS: Erra Fazira Dan Fiza Turut Mengakhiri Perkahwinan Mereka Dengan Perceraian Baru-Baru Ini

You may be interested in: