seismik

Mall Dengan 'Indoor Theme Park' Terbesar Asia Tenggara Bakal Dibuka Di JB Akhir Tahun Ini

Berjaya Times Square versi Johor.

Cover image via Capital 21 Shopping Mall

Pusat membeli-belah mula tumbuh seperti cendawan di Johor Bahru. Paradigm Mall, yang dianggap sebagai mall terbesar di Johor baru saja beroperasi pada November 2017.

Merangkumi lebih daripada 1.3 juta kaki persegi, Paradigm Mall mempunyai enam tingkat dengan lebih daripada 200 kedai. Penyewa utama di situ termasuk Golden Screen Cinemas, Jaya Grocer, dan Parkson. Terdapat juga gelanggang luncur ais atau ice skating rink yang pertama di Johor.

Bergabung dengan Paradigm Mall pada akhir tahun ini adalah sebuah kompleks terbaru yang dilapor bakal menempatkan "taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara"

Ilustrasi kompleks Capital 21.

Image via Capital 21 Shopping Mall

Memetik laporan Channel News Asia, Capital 21, yang dibangunkan oleh Capital World akan memulakan operasi pada bulan Ogos tahun ini.

Bangunan seluas 1.2 juta kaki persegi yang terletak di Tampoi, Johor Bahru ini bakal menempatkan MCM Studio, yang dikatakan sebagai "taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara" dan juga kompleks membeli-belah.

Mengambil keseluruhan tingkat tiga dan tingkat empat, MCM Studio akan menampilkan tiga bahagian utama - Movie Planet, Cartoon Planet, dan Music Planet

Cartoon Planet ditujukan khas kepada kanak-kanak yang akan mempunyai pelbagai watak animasi termasuk 'Tom and Jerry'.

Movie Planet akan menampilkan tema Transformers, Dinosaur World, dan Haunted House dan akan menggunakan teknologi virtuality reality (VR) yang canggih.

Music Planet akan menampilkan khemah sarkas dengan persembahan harian dari aksi tempatan dan luar negara seperti Great Britain Circus. Bahagian ini juga akan menjadi tuan rumah kepada acara muzik dan teater berkelas dunia.

Selain taman tema, Capital 21 akan tampil dengan lima zon bertema lain - Amerika, Eropah, Australia, Asia, dan Timur Tengah - melalui tiga tingkat ruang niaga

Tema America!

Image via Capital 21 Shopping Mall

Capital 21 akan menghadapi persaingan yang kuat dari pusat membeli-belah terbarudi Johor Bahru seperti Paradigm Mall dan IKEA. Bagaimanapun, pengarah eksekutifnya, Siow Chien Fu menegaskan bahawa elemen hiburan adalah kelebihan yang mereka ada.

"Kami perlu menarik minat pembeli moden. Pesaing kami kebanyakannya mempunyai satu komponen, tetapi kami mempunyai lebih daripada satu komponen hiburan," katanya.

Siow juga mendedahkan 80% ruang niaga di Capital 21 telah pun diambil. Hanya 20% sahaja yang masih kosong.

Siow juga yakin pusat membeli-belah ini akan menarik minat rakyat Singapura kerana ia terletak hanya 20 minit sahaja dari Woodlands Causeway

"Kami memberi tumpuan kepada unsur-unsur nostalgia yang kebanyakan taman tema moden tidak ada lagi seperti sarkas. Rakyat Singapura yang masih menghargai keindahan taman tema berkonsep klasik pastinya akan melawat Capital City. Kami yakin mereka akan datang ke sini," katanya lagi.

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Makin lama makin banyak projek bertaraf dunia di Malaysia!

Sebelum lakukan apa-apa, pastikan buat research dulu ya:

You may be interested in: